Ini Senarai Peranti Samsung Yang Terima Android 12

Seperti semua maklum, Android 12 ialah Android versi terbaru daripada Google, dilancarkan Oktober lalu bersama Google Pixel 6. Para pengeluar telefon pintar sudah mula mengorak langkah mengimplimentasikan versi terbaru ini untuk disuaikan dengan antara muka masing-masing.

Android 12 pada Samsung dilaporkan turut akan mengenakan rekaan bucu bulat pada widget. Selain itu, privasi pengguna juga turut dipertingkat dengan pengenalan penanda seakan dot hijau dan oren pada iPhone ketika kamera dan mikrofon digunakan.

Peranti siri Galaxy S21 tempatan sudah pun menerimanya OneUI 4.0 dengan Android 12. Berikut adalah senarai peranti Samsung lain yang disahkan akan menerima kemas kini Android 12:

Galaxy S:

  • Galaxy S10

  • Galaxy S10e

  • Galaxy S10+

  • Galaxy S10 5G

  • Galaxy S20


Note:

  • Galaxy Note 20

  • Galaxy Note 20 Ultra

  • Galaxy Note 10

  • Galaxy Note 10+

  • Galaxy Note 10 5G


Galaxy boleh lipat:

  • Galaxy Z Fold 3

  • Galaxy Z Fold 2

  • Galaxy Fold

  • Galaxy Z Flip 3

  • Galaxy Z Flip 5G

  • Galaxy Z Flip


Galaxy A:

  • Galaxy A82 5G

  • Galaxy A72

  • Galaxy A52

  • Galaxy A52 5G

  • Galaxy A52s 5G

  • Galaxy A42 5G

  • Galaxy A32 5G

  • Galaxy A71 5G

  • Galaxy A51 5G

  • Galaxy A51

  • Galaxy A21

  • Galaxy A12

  • Galaxy A02s

  • Galaxy A01

  • Galaxy A11


Galaxy Tab:

  • Galaxy Tab S7

  • Galaxy Tab S7+

  • Galaxy Tab S7 FE 5G

  • Galaxy Tab S6 Lite

  • Galaxy Tab S6

  • Galaxy Tab Active 3

  • Galaxy Tab A7 (2020)

  • Galaxy Tab A7 Lite


Kebanyakan telefon daripada senarai ini akan menerimanya sekitar suku pertama tahun depan iaitu Januari-Mac 2022. Pun begitu, Samsung merancang melepaskan Android 12 untuk semua peranti yang layak dalam masa 8 bulan dan berkata siri Galaxy S20 hanya akan menerimanya seawal Febuari depan.

Senarai ini juga dijangka akan berubah terutamanya pada siri Galaxy A yang mungkin melihatkan penambahan lebih banyak telefon.

Sumber: 9to5Google

Baca juga: