RX 6950 XT Mungkin Akan Jadi GPU 'Mainstream' Paling Mahal

Produk baharu daripada AMD bagi siri kad grafik baharu Radeon RX 6950 XT mempunyai harga yang mungkin setara atau lebih tinggi daripada RTX 3090 Ti.

Di samping itu, Radeon RX 6950 XT ini akan dilancarkan pada 10 Mei depan bersama dengan RX 6750 XT dan RX 6650 XT. Anda boleh menganggap siri kad grafik ini sebagai versi "Ti" untuk kad grafik daripada AMD.

https://twitter.com/momomo_us/status/1514207371412721666?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1514209707484884996%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es2_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.lowyat.net%2F2022%2F271347%2Falleged-amd-radeon-rx-6950xt-gpu-pricing-leaks-cost-nearly-as-much-as-rtx-3090-ti%2F

Walau bagaimanapun, apa yang mengejutkan adalah tanda harga untuk kad grafik paling berkuasa AMD agak luar biasa. Berdasarkan ciapan di atas, harga runcit kad grafik untuk RX 6900 XT berharga RM10,160 (berdasarkan tukaran USD ke MYR).

Harga tersebut sudah pun menyamai harga kad grafik RTX 3090 versi Ti. Oleh itu, kita boleh menjangkakan Radeon RX 6950 XT akan dilancarkan dengan harga yang jauh lebih mahal daripada harga RX 6900 XT.

Akan tetapi perkara tersebut mungkin tiada masalah kepada anda sekiranya memang kipas susah mati AMD.

Sumber: videocardz

Baca juga: