Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

RX 6950 XT Mungkin Akan Jadi GPU ‘Mainstream’ Paling Mahal

Posted on April 18, 2022

Produk baharu daripada AMD bagi siri kad grafik baharu Radeon RX 6950 XT mempunyai harga yang mungkin setara atau lebih tinggi daripada RTX 3090 Ti.

Di samping itu, Radeon RX 6950 XT ini akan dilancarkan pada 10 Mei depan bersama dengan RX 6750 XT dan RX 6650 XT. Anda boleh menganggap siri kad grafik ini sebagai versi “Ti” untuk kad grafik daripada AMD.

(´・ω・`) pic.twitter.com/MZ64k30p9r

— 188号 (@momomo_us) April 13, 2022

Walau bagaimanapun, apa yang mengejutkan adalah tanda harga untuk kad grafik paling berkuasa AMD agak luar biasa. Berdasarkan ciapan di atas, harga runcit kad grafik untuk RX 6900 XT berharga RM10,160 (berdasarkan tukaran USD ke MYR).

Harga tersebut sudah pun menyamai harga kad grafik RTX 3090 versi Ti. Oleh itu, kita boleh menjangkakan Radeon RX 6950 XT akan dilancarkan dengan harga yang jauh lebih mahal daripada harga RX 6900 XT.

Akan tetapi perkara tersebut mungkin tiada masalah kepada anda sekiranya memang kipas susah mati AMD.

Sumber: videocardz

Baca juga:

  • RTX 4080 Mungkin Diperkenal Pada Hujung Tahun Ini
  • RTX 3090 Ti Dilancarkan Secara Rasmi – Harga Mungkin Sekitar RM10K
  • 3 Jenama Besar Telah Turunkan Harga Kad Grafik Mereka

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress