Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rupa Sebenar iPhone 13 Dipercayai Didedahkan Dalam Siri Apple TV+

Rupa Sebenar iPhone 13 Dipercayai Didedahkan Dalam Siri Apple TV+

Diterbitkan Ogos 31, 2021 oleh ariff bukhari

Seperti semua sedia maklum, Apple dijangka akan melancarkan model terbaru iPhone 13 dalam bulan September ini.

Khabar angin tentang rekaan iPhone 13 pula masih menjadi perbualan hangat dikalangan para peminatnya yang menjangkakan rekaan takuk iPhone 13 akan lebih kecil sedikit selepas 4 tahun ia diperkenalkan pertama kalinya pada tahun 2017 dahulu pada iPhone X.

Tetapi kini muncul dakwaan yang mengatakan iPhone 13 sudah pun diperlihatkan oleh Apple di siri rancangan komedi berjudul “Ted Lasso” yang dimainkan di saluran Apple TV+.

Ia didedahkan oleh seorang pengguna Twitter bernama Paul Bailey beberapa hari lalu di laman akaun Twitternya.

Rupa Sebenar iPhone 13 Dipercayai Didedahkan Dalam Siri Apple TV+

iphone 13
Kredit: Paul Bailey

Melihat dari imej yang dikongsikan Paul Bailey itu, dapat dilihat dengan agak jelas rekaan takuk pada iPhone tersebut adalah jauh lebih dari rekaan ketika ini di mana takuk seakan hampir tiada pada model iPhone tersebut.

Tidak dipastikan sama ada ia adalah model iPhone 13 atau pun tidak. Tetapi para peminat iPhone amat ternanti-nanti rekaan segar pada model iPhone terbaru yang akan diperkenalkan Apple tidak lama lagi.

Setakat ini, antara khabar angin tentang iPhone 13 adalah ia akan dilengkapi skrin dengan kadar segar 120Hz serta harga jualan akan lebih sedikit mahal dari sebelum ini.

Sumber: GizChina

Baca juga: Mungkin iPhone 13 Boleh Buat Panggilan Walaupun Tiada “Line”

iPhone 13 Dilapor Akan Dijual Dengan Harga Mahal Sedikit Berbanding iPhone 12

iPhone 13 Dengan Storan 1TB Mungkin Diumum Pertengahan September Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY