Kemas kini 3/9/2021: Perkara ini dinafikan pakar 5G Sacha Segan yang mana mungkin iPhone boleh mempunyai komunikasi satelit tetapi hanya menghantar mesej melalui fungsi kecemasan (emergency message) apabila tiada liputan.
Tambahan lagi, modem Qualcomm X60 tidak mempunyai jalur B53/N53 seperti X65. Jika diubah suai sekalipun, ia masih tidak menyokong panggilan satelit seperti didakwa.
Secanggih mana pun telefon pintar yang kita miliki, tiada guna kalau kehilangan rangkaian selular atau lebih dikenali dalam masyarakat “tak ada line”.
Terbaru, iPhone 13 dikatakan bakal menampilkan sokongan rangkaian satelitĀ Low Earth OrbitĀ (LEO) yang mana ia merupakan orbit satelit dengan ketinggian paling rendah dengan bumi.
Fungsinya adalah ia membenarkan pengguna iPhone 13 dapat menggunakan komunikasi satelit walaupun mereka berada di kawasan yang tiada liputan untuk membuat panggilan telefon.
Menurut, Ming-Chi Kuo, Apple memanfaatkan teknologi cip Qualcomm X60 yang khusus dan jika benar, barisan iPhone ini akan menjadi telefon komersial pertama menggunakannya. Tambahnya, jenama lain mungkin akan mengikut jejak langkah ini bermula tahun hadapan.
Buat pengetahuan, rangkaian satelit LEO digunakan internet satelit dari Elon Musk, iaitu Starlink. Walau bagaimanapun, mungkin ini adalah sebahagian perancangan masa hadapan Apple dan tidak dapat lagi dilihat dalam masa terdekat.
Sumber: macrumors
Baca juga:
- iPhone 13 Dilapor Akan Dijual Dengan Harga Mahal Sedikit Berbanding iPhone 12
- Klon ‘Apple Watch Series 7’ Dilaporkan Muncul Di China
- Starlink Akan Tawar Internet Satelit Di Malaysia