Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 13 renders 2

iPhone 13 Dilapor Akan Dijual Dengan Harga Mahal Sedikit Berbanding iPhone 12

Diterbitkan Ogos 27, 2021 · Dikemas kini Ogos 27, 2021 oleh Amsyar Latif

Berita berkaitan telefon terbaharu Apple iPhone 13 akan terus berlegar-legar di internet memandangkan kita sudah hampir ke bulan September. Terbaru, laporan daripada DigiTimes mengatakan barisan iPhone 13 mungkin akan dijual dengan harga mahal sedikit berbanding biasa.

Ia adalah berikutan pembekal TSMC yang menaikkan harga kos pengeluaran cip pemproses atas faktor permintaan yang tinggi. Oleh itu, Apple sebagai salah satu pembeli terbesar juga akan terjejas.

Walau bagaimanapun, ini masih lagi spekulasi dan jika benar Apple menaikkan harga, mungkin peningkatan sebanyak RM100-RM200 berbanding model iPhone 12 tahun lalu.

Apa-apa pun, iPhone 13 dijangka menampilkan rekaan bertakuk kecil, susunan dan fungsi kamera baharu, bateri lebih besar dan dikatakan bakal dilancarkan sekitar 14 September 2021.

Sumber: digitimes

Baca juga:

  • Pengguna iPhone Mungkin Boleh Lupakan Fungsi Imbasan Cap Jari Pada Skrin
  • Apple Watch 7 Mungkin Hadir Dengan Rekaan Lebih ‘Kotak”
  • Dulu Steve Jobs Terfikir Untuk Memperkenalkan iPhone Nano

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY