Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nvidia GPU H100

Nvidia Umum GPU H100 Terbaharu, Sistem AI Terpantas Di Dunia

Diterbitkan Mac 23, 2022 oleh Nadiah Ab

Nvidia semalam mengumumkan pelancaran beberapa cip dan teknologi baharu mereka. Dipetik dari Nvidia, GPU (cip grafik) terbaharu yang dipanggil H100 akan meningkatkan kelajuan pengkomputeran algoritma kecerdasan buatan (AI) yang semakin rumit.

GPU Nvidia, yang pada mulanya membantu mendorong dan meningkatkan kualiti video dalam pasaran permainan, telah menjadi cip dominan untuk digunakan oleh syarikat yang menggunakan AI.

Menurutnya lagi, GPU H100, boleh membantu mengurangkan masa pengkomputeran dari minggu ke hari untuk beberapa kerja yang melibatkan latihan model AI.

Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia, Jensen Huang menggelar cip H100 terbaharu mereka sebagai “enjin” infrastruktur AI.

Banyak syarikat telah mula menggunakan AI dan pembelajaran mesin untuk pelbagai tujuan termasuk membuat pengesyoran video untuk ditonton, yang juga semakin menjadi alat penting untuk perniagaan.

Nvidia akan menghasilkan GPU H100 pada proses empat nanometer termaju Syarikat Semikonduktor Pembuatan Taiwan dengan 80 bilion transistor dan akan tersedia pada suku ketiga tahun ini.

GPU H100 dari Nvidia juga akan digunakan untuk membina superkomputer “Eos” Nvidia yang baharu, yang menurut Nvidia akan menjadi sistem AI terpantas di dunia apabila ia mula beroperasi lewat tahun ini.

Sumber: Nvidia

Baca juga:

  • NVIDIA Dilapor Akan Lancar RTX3090 Ti Akhir Bulan Mac Ini
  • Nvidia RTX 3070 Ti dan RTX 3080 Ti, Kad Grafik Paling ‘Garang’ Untuk Laptop Anda
  • NVIDIA Umum RTX 3050 Dan RTX 3090 Ti, Termurah Dari NVIDIA Yang Sokong Ray Tracing

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY