Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
elon musk cloud

Elon Musk Rancang Bina Lebih 1,000 ‘Bahtera Nuh Moden’ Untuk Bawa Manusia Ke Marikh

Posted on Jun 10, 2022

Barangkali ramai sudah ketahui tentang rancangan Elon Musk untuk menghantar manusia ke Marikh dan walaupun tiada rancangan kukuh pernah diumumkan, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla itu mendedahkan pula rancangannya untuk membina ‘Bahtera Nuh Moden’.

Katanya, syarikat SpaceX sudah pun mencipta Starship yang secara teorinya akan mampu membawa orang dan kargo ke bulan.

Elon Musk juga percaya Starship ini akan menjadi “penyelamat” umat manusia sekaligus membina kehidupan di Marikh.

Melalui ciapannya di Twitter, Musk menulis bahawa usaha SpaceX bertujuan untuk membina lebih 1,000 Starship untuk mengangkut kehidupan ke Marikh dan menyamakannya dengan ‘Bahtera Nuh’.

Build 1000+ Starships to transport life to Mars. Basically, (very) modern Noah’s Arks.

— Elon Musk (@elonmusk) June 5, 2022

Musk seterusnya berkata bahawa Starship ini akan menjadi ‘Bahtera Nuh Moden’, yang boleh menyelamatkan nyawa dari malapetaka di Bumi.

Ini telah menjadi topik yang sering dibangkitkan oleh Musk yang juga mengatakan bahawa penerokaan angkasa lepas sebenarnya boleh menyebabkan pengurangan kos untuk manusia.

Kapal Starship SpaceX ini telah pun dianggap sebagai aset oleh NASA dan kebenaran dari Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) akan membawa Musk satu langkah menghampiri impiannya.

Sumber: Business Insider

Baca juga:

  • Twitter Rancang Undian ‘Shareholder’ Ogos Ini Untuk Jual Syarikat Kepada Elon Musk
  • “WFH Tak Relevan, Masuk Pejabat Atau Berhenti” – Elon Musk
  • Jokowi Jumpa Elon Musk Bincang Soal Nikel, Mungkin Ke Indonesia November Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress