Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ROG Phone 9 FE Dilancarkan Di Malaysia Berharga RM2,999

ROG Phone 9 FE Dilancarkan Di Malaysia Berharga RM2,999

Diterbitkan Mac 19, 2025 · Dikemas kini Mac 19, 2025 oleh ariff bukhari

ASUS Republic of Gamers Malaysia (ROG) melancarkan telefon pintar permainan terbaharunya, ROG Phone 9 FE, dengan reka bentuk premium dan teknologi canggih khas untuk pemain tegar.

Telefon ini dikuasakan oleh cip Snapdragon® 8 Gen 3 serta sistem penyejukan GameCool yang memastikan prestasi optimum walaupun digunakan secara intensif serta RAM 12GB dan storan 256GB.

Ia dilengkapi skrin AMOLED E6 bersaiz 6.78 inci dengan kadar segar semula 185Hz, sistem bunyi berkualiti, serta sistem tiga kamera dengan teknologi audio OZO.

ROG Phone 9 FE turut dimuatkan bateri 5,500mAh yang menyokong pengecasan HyperCharge 65 dan wayarles 15W.

ROG Phone 9 FE
Terdapat juga skrin mini LED “AniMe Vision” yang boleh disesuaikan dengan animasi khas mengikut keperibadian pengguna.

ROG Phone 9 FE juga menyediakan kawalan permainan seperti konsol melalui sistem AirTrigger, yang menawarkan kawalan sentuhan dan gerakan yang tepat.

Selain itu, ia menyokong pelbagai aksesori gaming tambahan, memberikan pengguna pengalaman permainan mudah alih yang lengkap.

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba tidak lama lagi, kini sedang berlangsungnya kempen khas ROG Phone 9 Epic Raya Special dari 19 Mac hingga 30 April 2025.

Pembelian ke atas mana-mana peranti siri ROG Phone 9 sepanjang tempoh ini akan menerima ganjaran kredit Touch n’ Go eWallet bernilai RM300.

Tawaran ini turut melibatkan model terbaru, ROG Phone 9 FE, yang membolehkan anda memilikinya pada harga bermula RM2,699 sahaja.

Untuk info lanjut, layari ROG PHONE 9 SERIES – EPIC RAYA SPECIAL | ROG Malaysia

ROG Phone 9 FE Dilancarkan Di Malaysia Berharga RM2,999

Beli siri ROG Phone 9 dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clmle8k
  • Lazada – https://invl.me/clmle8m

Berkaitan

  • Siri ASUS ROG Phone 9 Kini Di Malaysia - Harga Bermula RM3,999
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Barisan Terbaru Komputer Riba 'Gaming' ROG Kini Di Malaysia, Harga Dari RM10,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY