GTA 4 merupakan salah satu permainan dengan jalan cerita menarik dalam francais GTA. Ia berlatar belakang bandar Liberty atau di dunia sebenar ialah bandar New York.
Bulan lalu, Liberty City Preservation Project yang membawa peta GTA 4 ke dalam GTA 5 sebagai mod, mendapat perhatian besar di media sosial. Namun, projek ini kini telah dihentikan selepas perbincangan dengan Rockstar Games.
Dalam kenyataan di pelayan Discord mereka, pencipta mod tersebut, pengguna dengan nama nkjellman, berkata:
“Disebabkan perhatian luar jangkaan yang diterima oleh projek ini dan selepas berbincang dengan Rockstar Games, kami telah memutuskan untuk menghentikan Liberty City Preservation Project. Kami menghargai sokongan yang diterima dan akan terus mengejar minat kami dalam ‘memod’ Grand Theft Auto.”
Mod ini, yang dibangunkan oleh pasukan World Travel, membawa kembali Liberty City dengan sangat terperinci. Ia termasuk NPC, kenderaan, kesan bunyi asal dari GTA 4, dan sistem kereta api bawah tanah yang berfungsi sepenuhnya.
https://x.com/GTAVI_Countdown/status/1879641257409937809
There's a new mod on the block for GTAV "Liberty City Preservation Project", I tried out the mod. It's AMAZING, it has a working subway network, the police and ambient traffic are faithful and it's so polished.
Amazing work to the team of devs who worked on this! pic.twitter.com/aLLtOMvwsc
— Ben (@videotechuk_) December 31, 2024
Tour around Liberty City using the subway and getting to Middle Park in GTAV
Liberty City Preservation Project is the best work in the GTA modding community to date, IMO. Excited to see to seeing more from the team looking ahead! pic.twitter.com/CusfFV0KOd
— Ben (@videotechuk_) January 3, 2025
Walaupun sebab rasmi tidak diumumkan, ramai pemain berspekulasi bahawa Rockstar Games dan Take-Two Interactive mungkin merancang untuk melancarkan GTA 4 remaster.
Malah, ada juga komuniti yang beranggapan bahawa pihak Rockstar yang memaksa pembangun mod untuk tutup projek ini serta merta.
Ini bukan kali pertama Rockstar Games menghentikan projek mod atau mengancam tindakan undang-undang. Langkah ini menunjukkan studio itu terus melindungi hak cipta mereka.
Bagaimanapun, pasukan mod projek ini tidak putus harapan dan akan sentiasa menawarkan mod yang menarik untuk komuniti permainan itu.
Sekiranya dibandingkan dengan Bethesda, syarikat ini cukup terbuka untuk melihat sejauh mana permainan mereka diubah suai atau ditambah baik oleh komuniti modders. Sehinggakan, ada DLC versi peminat untuk Fallout 4.
{suggest}
Sumber: insider gaming