Rockstar Terus Perah GTA 5, Hadir Dengan Pelan Langganan GTA+

Lain yang diminta, lain yang dapat. Itulah apa yang Rockstar Games buat kepada peminatnya. Di saat kita mengharapkan GTA 6, mereka terus 'memerah' selagi boleh terhadap GTA 5.

Ini kerana baru-baru ini Rockstar menawarkan sebuah pelan langganan yang dinamakan sebagai GTA+ dan berharga USD5.99 (~RM25) sebulan.

Dengan melanggannya, pemain akan menerima pelbagai kelebihan seperti menikmati GTA$500,000 setiap bulan, bonus RP dan GTA$, naik taraf istimewa kenderaan dan banyak lagi.

Pun begitu, mungkin akan ada banyak lagi tawaran lain pada masa hadapan. Sekiranya berminat, pemain boleh melanggannya menerusi PlayStation Store atau Microsoft Store.

Mungkin ada yang mengatakan Rockstar sudah gila tetapi pelan sebegini tidak terjadi jika tiada pemain. Ia membuktikan bahawa masih ramai yang aktif dalam GTA Online.

Nak atau tak nak, kita terpaksa layan juga memandangkan GTA 6 masih belum kelihatan bayangnya.

Sumber: Rockstar Games

Baca juga: