Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Keputusan Pelaburan Kini Lebih Pantas Dengan Teknologi AI Moomoo Malaysia

Keputusan Pelaburan Kini Lebih Pantas Dengan Teknologi AI Moomoo Malaysia

Diterbitkan Februari 20, 2025 ยท Dikemas kini Februari 20, 2025 oleh ariff bukhari

Platform pelaburan digital, Moomoo Securities Malaysia Sdn. Bhd. (Moomoo Malaysia) telah menerima paten daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bagi Teknologi Pengecaman Corak untuk Carta Candlestick (Analisis K-Line).

Teknologi ini mengautomasi pengecaman trend pasaran, mengurangkan keperluan analisis manual, dan membantu pelabur membuat keputusan lebih pantas dan tepat.

Teknologi ini menyelesaikan cabaran pelabur yang sering menghadapi kesukaran mengenal pasti trend pasaran secara manual, yang boleh menyebabkan kelewatan atau kesilapan dalam dagangan dengan mengesan dan menyerlahkan corak carta utama secara masa nyata, membolehkan pelabur bertindak balas dengan lebih cekap terhadap perubahan pasaran.

Moomoo Malaysia Secures New Patent to Revolutionise Candlestick Chart Analysis for Smarter Investing

Menurut Ivan Mok, Ketua Pegawai Eksekutif Moomoo Malaysia, teknologi ini menjadikan analisis profesional lebih mudah diakses, membantu pelabur bertindak berdasarkan data yang lebih jelas dan tepat.

Tinjauan Sentimen Pelabur 2024 oleh Moomoo Malaysia menunjukkan 33.2% pelabur kini lebih meneliti dagangan sebelum melaksanakan transaksi, dengan peningkatan permintaan terhadap alat analisis berautomasi.

Dengan gabungan AI dan automasi, Moomoo Malaysia terus memastikan pelabur runcit mempunyai akses kepada alat analisis pasaran bertaraf institusi untuk membuat keputusan pelaburan yang lebih bijak.

Berkaitan

  • Pertama Di Malaysia, Moomoo Perkenal Servis Langganan IPO Melalui Aplikasi
  • Moomoo & GXBank Bekerjasama, Permudah Pelaburan Untuk Rakyat Malaysia
  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya

Sumber: Siaran media Moomoo Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
  • Selepas Hampir 50 Tahun, Voyager 1 Akhirnya Capai Jarak Satu Hari Cahaya Dari Bumi
  • Samsung Wallet Bakal Sokong ShopeePay Di Malaysia
  • macOS 27.3 Akan Beri Pengguna Kawalan Lebih Terperinci Terhadap Akses Aplikasi
  • 30 Modul Bateri EV BMW Terpakai Bantu Bekalkan Elektrik 24 Jam Kepada Kampung Orang Asli Di Pahang
  • AS Tambah Keperluan Lesen Eksport Cip AI Canggih Ke 5 Negara, Termasuk Malaysia
  • ASUS TUF Gaming T700TL Kini Di Malaysia, Harga RM9,999
©2026 WISER.MY