Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Solar Panel UV

Pelajar Ini Berjaya Cipta Panel Solar ‘Tanpa Perlu Guna’ Sinaran Matahari

Diterbitkan Februari 18, 2022 oleh Amsyar Latif

Setiap teknologi yang kita gunakan sekarang sudah banyak yang berevolusi ke arah lebih baik. Sebagai contoh, kereta yang dahulu memerlukan bahan bakar petrol untuk bergerak, kini menggunakan elektrik sahaja.

Begitu juga dengan sumber tenaga boleh diperbaharui. Ia juga tidak terlepas untuk ‘dinaiktaraf’ kepada lebih baik.

Seorang pelajar kejuruteraan dari Universiti Mapau, Filipina – Carvey Ehren Maigue, beliau berjaya mencipta prototaip panel solar yang ‘tidak memerlukan’ sinaran matahari secara terus.

Namun, jangan salah faham, panel solar yang dicipta Maigue ini masih menggunakan matahari untuk dijadikan tenaga. Bezanya di sini, panel solar sedia ada sekarang terhad kepada waktu panas dan betul-betul di bawah matahari sahaja.

Apabila hujan atau terlindung dengan awan, panel solar kurang efisyen untuk mengumpul tenaganya.

Oleh itu, Maigue mendapat satu idea dengan mencipta panel solar menggunakan partikel bercahaya. Idea itu sebenarnya diinspirasikan daripada kaca mata yang akan menjadi gelap apabila terkena sinaran ultra ungu (UV). Beliau mendapati bahawa sinaran UV tetap ada walaupun terlindung dengan awan atau sewaktu hujan.

Partikel bercahaya yang menjadi komponen utama panel solar ini pula mudah didapati kerana ia diperoleh daripada sisa buangan buah-buahan serta sayur-sayuran.

Kemudian, bahan tersebut akan digunakan untuk menangkap sinaran UV dan seterusnya menukarkannya kepada cahaya. Sekaligus boleh menjana tenaga semula jadi.

Dengan penyelesaiannya, ia secara tidak langsung dapat memanfaatkan sisa bahan buangan dan pada masa yang sama mampu menjana tenaga walaupun dalam situasi berawan.

Tambahan lagi, walaupun prototaip panel itu hanya bersaiz 3×2 kaki, ia boleh mengecas dua telefon pintar setiap hari.

Kata Maigue lagi, beliau berharap panel ini satu hari nanti akan digunakan pada skala besar seperti bangunan-bangunan atau pencakar langit serta kenderaan elektrik.

Sumber: bgr

Baca juga:

  • Buat Pertama Kalinya Imej Permukaan Planet Zuhrah Berjaya Dirakam NASA Dari Angkasa Lepas

  • Pendapat Guna Xbox Series X Setelah Sekian Lama Dengan PlayStation

  • Ada Masalah Dengan MySejahtera? Kiosk MySejahtera Dibuka Untuk Bantuan ‘On-The-Spot’

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY