Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mungkin Selepas Ini Telefon Pintar Ada Kemas Kini Sekuriti Sehingga 7 Tahun

Remaja Di China Hanya Boleh Guna Telefon Dan Internet 2 Jam Sahaja Sehari

Diterbitkan Ogos 4, 2023 · Dikemas kini Ogos 4, 2023 oleh ariff bukhari

China akan menguatkuasakan peraturan baharu ke atas kanak-kanak dan remaja negara itu iaitu larangan mengakses internet pada waktu malam dan penggunaan telefon pintar sebagai usaha memerangi ketagihan internet.

Sekatan itu dilaporkan akan berkuat kuasa bermula 2 September 2023.

Di bawah peraturan baru itu, sesiapa yang berumur di bawah 18 tahun, mereka akan disekat daripada mengakses Internet dengan peranti mudah alih antara 10 malam hingga 6 pagi.

Tidak sekadar itu, sistem berperingkat untuk menguruskan masa penggunaan telefon pintar juga akan dikenakan, merangkumi akses maksimum selama 40 minit sehari bagi mereka yang berumur di bawah 8 tahun dan sehingga dua jam untuk mereka yang berumur 16 dan 17 tahun.

Pelaksanaan peraturan baharu itu yang dicadangkan oleh Pentadbiran Ruang Siber China (CAC) akan menjadikan ia antara yang paling ketat di dunia.

Walau bagaimanapun, ibu bapa atau penjaga kanak-kanak dan remaja masih diberikan kebenaran memintas sekatan tersebut jika diperlukan.

Berkaitan

  • 5 Telefon Terbaik Bawah RM1,000 Awal 2023
  • 5 Telefon Terbaik Bawah RM2000 Awal 2023
  • Lebih Mudah, Ini Cara Perbaharui Lesen Memandu Digital

Sumber: CNA

(Beli telefon pintar bajet yang bersesuaian untuk anak-anak anda dengan mudah di Shopee dan Lazada).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY