Kepada pembaca setia Wiser.MY yang rajin melihat dan menjadikan kami sebagai panduan untuk memilih telefon di pasaran, artikel ini untuk anda.
Dalam bacaan ini, kami akan berkongsikan 5 peranti di pasaran yang berbaloi dan terbaik untuk dipilih dalam segmen harga bawah RM2,000 setakat bulan Mac ini.
Anda juga boleh melihat “artikel ini” sekiranya mencari peranti yang baik untuk harga bawah RM1,000 bagi awal 2023.
{snap}
Xiaomi 12T 5G
Peranti Terbaik Dari Segi Spesifikasi
Xiaomi 12T 5G adalah pilihan terbaik bagi anda yang mencari peranti yang ada spesifikasi yang berkuasa. Peranti ini dikuasakan cip Dimensity 8100 Ultra, antara cip flagship paling berkuasa daripada MediaTek.
Selain itu, anda akan dapat memori RAM LPDDR5 sebesar 8GB dan storan UFS 3.1 256GB. Untuk skrin, anda akan mendapat paparan AMOLED berukuran 6.67″ dengan sokongan kadar segar semula hingga 120Hz.
Peranti ini dilengkapi 3 tetapan kamera – 108MP lebar, 8MP ultra-lebar, 2MP makro dan 20MP swafoto. Menariknya lagi, ia mempunyai bateri 5,000mAh yang besar dengan pengecasan pantas 120W.
Xiaomi 12T 5G menggunakan MIUI 13 yang berasaskan Android 12.
{snap}
Samsung Galaxy A54
Peranti Dengan Kualiti Skrin Terbaik
Samsung Galaxy A54 adalah kemasukan baharu dalam industri telefon pintar kelas pertengahan. Peranti ini mempunyai spesifikasi yang cukup memberangsangkan tetapi sayang sekali tidak disertakan pengecas bersama.
Samsung Galaxy A54 dikuasakan cip Exynos 1380 (5nm), memori RAM 8GB dan storan 256GB beserta sokongan kad mikroSD. Peranti ini dilengkapi skrin Super AMOLED 6.4″ yang menyokong kadar segar semula 120Hz.
A54 mempunyai tetapan 3 kamera – 50MP utama dengan OIS, 12MP ultra-lebar, 5MP makro dan 32MP swafoto. Peranti ini disokongkan bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 25W.
Menariknya lagi, ia ada penarafan IP67, guna One UI 5.1, mempunyai sokongan perisian selama 4 tahun dan 5 tahun kemas kini sekuriti daripada Samsung. Anda boleh mempertimbangkan Galaxy A34 sekiranya peranti ini di luar bajet anda.
{snap}
vivo V27
Peranti Terbaik Untuk Prestasi Kamera
vivo V27 baharu dilancarkan pada 30 April lepas dan model flagship bagi siri V27 di negara ini. Peranti ini dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7200, memori RAM 8GB dan storan 256GB.
V27 mempunyai 3 tetapan kamera – 50MP utama dengan OIS, 8MP lebar, 2MP makro dan 50MP swafoto. Oleh itu, anda boleh jangkakan prestasi kamera utama dan swafoto yang cantik dan berkualiti.
Selain itu, ia mempunyai skrin AMOLED 6.78″ dengan sokongan kadar segar semula 120Hz. Peranti ini disokongkan bateri 4,600mAh dengan pengecasan pantas 66W.
vivo V27 menggunakan Funtouch OS 13 yang berasaskan Android 13.
{snap}
realme 10 Pro+
Peranti Dengan Nilai Terbaik
realme 10 Pro+ adalah peranti paling berkuasa dalam siri realme 10. Peranti ini dikuasakan cip MediaTek Dimensity 920 5G, RAM 8GB dan storan 256GB.
Ia menggunakan skrin AMOLED 6.7″ yang beresolusi FHD+ dengan sokongan kadar segar semula hingga 120Hz. realme ini juga dilengkapi bateri sebesar 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W.
Selain itu, peranti ini mempunyai 3 tetapan kamera – 108MP utama, 8MP ultra-lebar, 2MP makro dan 16MP swafoto. realme 10 Pro+ 5G menggunakan realme UI 4.0 yang berasaskan Android 13.
{snap}
Redmi Note 12 Pro+
Peranti Terbaru Dalam Kelas Harga RM2,000 Ke Bawah
Redmi Note 12 Pro+ 5G baru sahaja dilancarkan pada hari Rabu, 5 April lepas. Model ini adalah model paling berkuasa dalam siri Redmi Note 12.
Note 12 Pro+ 5G dikuasakan cip MediaTek Dimensity 1080, mempunyai memori RAM 8GB dan storan 256GB. Peranti ini disokongkan bateri 5,000mAh dengan pengecasan HyperCharge 120W.
Peranti ini juga yang pertama dalam kelas pertengahan dengan kamera utama 200MP dengan sokongan OIS.
Selain itu, ia dilengkapi skrin AMOLED 6.7″ yang beresolusi 2400 x 1080p dengan kadar segar semula 120Hz.
Redmi Note 12 Pro+ menggunakan sistem MIUI 14 yang berasaskan Android 12.