Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Rekaan Rasmi Lenovo Legion Phone Didedahkan, Mungkin Hadir Dengan Versi Pro

Posted on Julai 17, 2020

Lima hari sebelum pelancarannya, rekaan Lenovo Legion Phone kini telah didedahkan secara rasmi.

gambar Lenovo Legion
gambar Lenovo Legion

Kedua-dua poster dengan rekaan rasmi peranti gaming ini telah dimuat naik di JD.com dan laman rasmi Lenovo Legion di Weibo. Ia juga mendedahkan peranti ini akan didatangkan dengan 2 sistem pembesar suara, 4 air trigger dengan masing-masing dua di bahagian atas kanan dan bawah kiri.

gambar Lenovo Legion
gambar Lenovo Legion

Kamera utama dengan dwi-lensa berada pada bahagian tengah peranti, dengan dua LED berada di bahagian atas logo Legion. Pada bahagian tepi dimuatkan dengan kamera swafoto 20MP.

Terdahulu, beberapa spesifikasi penting Lenovo Legion Phone telah didedahkan melalui satu video. Menerusi video tersebut, ia memperlihatkan spesifikasi seperti Snapdragon 865, storan 128GB, RAM 6GB, kadar segar semula 144Hz, bateri 5000mAh serta sokongan pengecasan 90W.

Ia sedikit bertentangan dengan perkhabaran spesifikasi sebelum ini yang menyatakan Lenovo Legion akan didatangkan dengan cip Snapdragon 865+.

gambar Lenovo Legion

Bagaimanapun, dengan penyenaraian di JD.com sebagai “Lenovo Rescuer Gaming Phone Pro”, berkemungkinan peranti yang didedahkan dalam video sebelum ini adalah versi asas.

Sehingga itu, nantikan pengumuman rasmi Lenovo pada 7.30 malam, 22 Julai ini.

Sumber: JD.com, Weibo via GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress