Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple iPhone

Syarikat Tempatan India Bakal Kendali Pengeluaran iPhone

Diterbitkan Julai 12, 2023 oleh ariff bukhari

India buat pertama kalinya mungkin akan mempunyai sebuah syarikat tempatan yang akan mengendalikan pembuatan telefon pintar Apple iPhone.

Ia selepas konglomerat terbesar negara itu, Tata Group sedang menutup perjanjian untuk memperoleh kilang pembekal Apple di negeri Karnataka, India Selatan.

Sekiranya perjanjian itu dimuktamadkan, Tata akan mengambil alih kilang Wistron Corp yang berpangkalan di Taiwan yang berpotensi bernilai lebih daripada AS$600 juta dan mempunyai lebih daripada 10,000 pekerja yang kini memasang model iPhone 14 terkini, lapor Bloomberg.

Tata Group merupakan sebuah syarikat India dengan legasi berusia 155 tahun. Terdiri daripada 30 syarikat merentasi 10 perniagaan, ia menjual segala-galanya daripada barangan pengguna seperti serbuk garam dan teh sehinggalah kepada produksi kereta dan perkhidmatan teknologi.

Syarikat itu juga kini menjadi pembuat komponen iPhone di sebuah kemudahan yang terletak di Tamil Nadu.

Berkaitan

  • 50% 'Casing' iPhone Buatan India Tak Melepasi Kawalan Kualiti Apple
  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • TNG eWallet Sedang Bagi PIN Tambah Nilai Percuma Bernilai Sehingga RM3

Sumber: ibtimes, Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY