Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei P50 Wide

Rekaan Huawei P50 Tertiris, Tampil 4 Kamera Belakang

Diterbitkan April 6, 2021 oleh Amsyar Latif

Jika beberapa minggu yang lalu, rekaan yang dikatakan mungkin digunapakai pada telefon Huawei P50 Pro dan P50 Pro+ telah diperlihatkan.

Terbaru, rekaan bagi telefon biasanya, Huawei P50 pula telah tertiris dimana ia menampilkan modul kamera yang sama tetapi hanya 4 kamera.

Berdasarkan ura-ura, ia akan hadir dengan kamera utama, ultra lebar dan telefoto. Kekurangannya adalah dari segi kamera telefoto periskop yang terdapat pada P50 Pro dan kamera 3D ToF yang ada pada P50 Pro+.

Huawei P50

Namun, kesemua barisan telefon P50 dijangka dimuatkan sensor kamera baharu, iaitu Sony IMX800 dimana sensor berukuran 1 inci dan paling besar yang pernah hadir di dalam telefon pintar.

Turut dikhabarkan bakal ditawarkan dengan 4 pilihan warna, iaitu White, Black, Blue dan Beige.

Walau bagaimanapun, pelancaran telefon tersebut mungkin ditunda sekitar Mei atau Jun.

Sumber: Wagar Khan via gsmarena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY