Redmi Note 9 Pro 5G Dilancarkan - Snapdragon 750G, Panel 120Hz, Kamera 108MP

Xiaomi kini secara rasmi telah melancarkan siri Redmi Note 9 5G di China. Sepertimana siri-siri Redmi Note sebelum ini, ia membawakan lebih dari satu model. Melalui siri Redmi Note 9 5G, ia hadir dengan 2 model iaitu Redmi Note 9 5G dan Redmi Note 9 Pro 5G.

Redmi Note 9 Pro 5G




Redmi Note 9 Pro 5G dilengkapi skrin bersaiz 6.67 inci LCD dengan resolusi Full HD+. Terdapat paparan berlubang yang memuatkan kamera swafoto 16MP.

Peranti ini menyokong kadar segar semula 120Hz dengan input sentuhan 240Hz. Ia dijana cip pemproses Snapdragon 750G yang menyokong rangkaian 5G. Dari segi memori pula, ia hadir dengan RAM sehingga 8GB serta pilihan storan sehingga 256GB.

pelancaran Redmi Note 9 Pro 5G

Redmi Note 9 Pro 5G menampilkan tetapan empat lensa dengan muatan 108MP f/1.75 utama. Tiga lagi lensa terdiri daripada 8MP f/2.2 sudut lebar, 2MP makro dan 2MP depth.

pelancaran Redmi Note 9 Pro 5G

Peranti juga mendapat perlindungan Gorilla Glass 5. Antara lainnya adalah mempunyai bicu audio 3.5mm serta pembesar suara stereo. Ia mempunyai bateri berkapasiti 4820mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W melalui USB Type-C.

pelancaran Redmi Note 9 Pro 5G

Terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan iaitu Lake Light & Autumn Scenery, Blue Sea & Stars dan Silent Sky.

Redmi Note 9 5G




Redmi Note 9 5G merupakan model dengan spesifikasi yang lebih rendah berbanding Redmi Note 9 Pro 5G. Ia dilengkapi skrin bersaiz 6.53 inci LCD dengan resolusi Full HD+. Terdapat paparan berlubang di hujung kiri yang menempatkan kamera swafoto 13MP.

Dari segi janaan kuasa, Redmi Note 9 5G dikuasakan cip pemproses Dimensity 800U serta RAM sehingga 8GB. Kapasiti storan dimuatkan dengan pilihan sehingga 256GB yang berasaskan UFS 2.2.

Peranti ini menampilkan tetapan tiga kamera yang terdiri daripada 48MP utama, 8MP sudut lebar dan 2MP makro.



Redmi Note 9 5G mempunyai bateri berkapasiti 5000mAh dengan sokongan pengecasan 18W melalui USB Type-C. Peranti ini juga didatangkan dengan perlindungan Gorilla Glass 5, pengesahan cap jari pada butang kuasa, bicu audio 3.5mm serta pembesar suara stereo.

pelancaran Redmi Note 9 Pro 5G

Ia ditawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu Cloud Gray, Shadow Purple dan Castle Peak.

Harga


Berikut merupakan senarai harga yang ditawarkan bagi Redmi Note 9 5G dan Redmi Note 9 Pro 5G.

Redmi Note 9 5G

  • 6GB+128GB - 1299 yuan (~RM803)

  • 8GB+128GB - 1499 yuan (~RM927)

  • 8GB+256GB - 1699 yuan (~RM1,050)


Redmi Note 9 Pro 5G

  • 6GB+128GB - 1599 yuan (~RM988)

  • 8GB+128GB - 1799 yuan (~RM1,112)

  • 8GB+256GB - 1999 yuan (~RM1,236)


Buat masa ini, siri Redmi Note 9 5G hanya dilancarkan untuk pasaran China dan belum diketahui bila ia akan memasuki pasaran global yang lain.

Sumber: Xiaomi