Microsoft Sahkan Pelancaran Xbox Series X Pada November Ini

Umum mengetahui, Microsoft telah mendedahkan Xbox Series X beberapa bulan lepas dengan pelbagai spesifikasi mengenainya. Kini, Microsoft telah mengesahkan pelancaran global Xbox Series X adalah pada November ini.

Walaupun tiada tarikh yang tetap dinyatakan, ia dijangka akan melancarkan konsol permainan terbaru itu pada minggu pertama November.

https://twitter.com/Halo/status/1293261002037841920

Dalam pada itu, Microsoft dan 343 Industries memutuskan pelancaran Halo Infinite akan ditangguhkan sehingga 2021. Kelewatan ini adalah berkaitan dengan pandemik Covid-19  yang memerlukan pasukannya beralih cara kerja. Ia seterusnya menyebabkan pembangunan permainan menjadi agak sukar untuk disiapkan dalam masa terdekat. Menurutnya Chris Lee,

“We have made the difficult decision to shift our release to 2021 to ensure the team has adequate time to deliver a Halo game experience that meets our vision,”



Namun begitu, penangguhan Halo Infinite tidak memberi impak kepada pelancaran Xbox Series X. Ia juga akan hadir dengan pelbagai permainan ketika dilancarkan nanti. Menurut Microsoft,

"There will be thousands of games to play, spanning four generations, when Xbox Series X launches globally this November and over 100 optimized for Xbox Series X titles, built to take full advantage of our most powerful console,"

Menjelang pelancaran November ini, dijangka lebih banyak maklumat yang akan didedahkan oleh Microsoft.

Sumber: Xbox via GamesRadar+