Redmi Note 7 Bakal Terima Kemaskini Kamera "Super Night Scene" Seperti Mi Mix 3

Masih lagi dengan berita mengenai Redmi. Kali ini, Redmi Note 7 disahkan akan terima kemaskini fungsi Super Night Scene pada sistem kamera mereka.

Fungsi tersebut sebelum ini hadir buat pertama kali di model premium Xiaomi, Mi Mix 3.



Melaluinya, ia didakwa mampu menghasilkan gambar yang lebih cerah dan jelas pada suasana pengcahayaan rendah.

Redmi Note 7 dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera utama 48MP f/1.8 disamping 5MP f/2.4.

Dengan pengesahan ini, bakal pemilik Redmi Note 7 boleh menjangkakan kemaskini bagi fungsi tersebut dalam masa terdekat.

 

Sumber: Xda-Developers