Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Mi Sports Bluetooth Headset Dilancarkan Dengan Kalis Peluh IPx4

Xiaomi Mi Sports Bluetooth Headset Dilancarkan Dengan Kalis Peluh IPx4

Diterbitkan November 7, 2016 · Dikemas kini November 7, 2016 oleh Haikel Areff

Xioami kini menambah sebuah produk baru di dalam portfolio produk mereka yang sangat besar ketika ini. Syarikat yang berpangkalan di China itu telah melancarkan Mi Sport Bluetooth Headset yang secara jelas memfokuskan kepada aktiviti fizikal seperti berlari, joging atau di gym. Headset tersebut bakal berada di pasaran dengan harga bawah RM100 bermula pada 11 November ini di China.

Xiaomi Mi Sports Bluetooth Headset menggunakan Bluetooth versi 4.1 dan ianya boleh disambungkan dengan dua peranti serentak. Ianya disahkan mempunyai fungsi  kalis air dengan IPx4 dan pengguna tidak perlu risau tentang peluh mereka semasa menggunakan headset ini.

Headset ini mempunyai rekaan ‘in-ear’ dengan gelung yang boleh dilekatkan ke telinga supaya ianya tidak bergerak-gerak semasa pengguna melakukan aktiviti berat. Headset ini mempunyai berat yang ringan dengan hanya 17.8 gram. Ianya didatangkan bersama kapasiti bateri sebanyak 1100mAh yang didakwa dapat bertahan selama 7 jam.

Syarikat tersebut mendakwa headset mereka telah melepasi beberapa ujian yang ketat dengan ketahanan suhu dari -20 degree calsius ke 70 degree celsius. Mereka juga menawarkan 5 jenis pilihan ear cap dengan pelbagai pilihan saiz dan bentuk.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY