{suggest}
Menyentuh spesifikasi, Redmi Note 12 Turbo dilengkapi skrin OLED bersaiz 6.67-inci dengan resolusi FHD+, kecerahan maksimum 1,000nits, 120Hz kadar segar semula, sokongan DCI-P3, Dobly Vision dan HDR10+.

Peranti ini dijana cip pemproses Snapdragon 7+ Gen 2 bersama gandingan sehingga 16GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 1TB yang berasaskan UFS 3.1.

Beralih ke bahagian panel belakang, Redmi Note 12 Turbo mempunyai tiga tetapan kamera tanpa sebarang modul. Ia menempatkan lensa utama 64MP 1/2" dengan sokongan OIS, 8MP ultra-lebar dan 2MP makro. Sementara paparan berlubang di hadapan dimuatkan dengan 16MP kamera swafoto.
Untuk hayat peranti, Redmi Note 12 Turbo dikuasakan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W. Ia menjalankan MIUI 14 yang berasaskan Android 13.

Antara lainnya, peranti ini mempunyai sokongan dwi-5G, Wi-Fi 6, NFC, Bluetooth 5.3 dan 3.5mm bicu audio.
Harga

Redmi Note 12 Turbo ditawarkan dalam warna Carbon Black, Xinghai Blue dan Ice Feather White. Berikut adalah harga permulaan untuk setiap varian:
- 8GB + 256GB - 1,999 yuan (~RM1,279)
- 12GB + 256GB - 2,099 yuan (~RM1,343)
- 12GB + 512GB - 2,299 yuan (~RM1,471)
- 16GB + 1TB - 2,599 yuan (~RM1,663)
Sebagai penambahan, Redmi Note 12 Turbo juga hadir dengan edisi istimewa Harry Potter. Ia diletakkan pada harga 2,399 yuan (~RM1,535) untuk 12GB+256GB.

Buat masa ini, Redmi Note 12 Turbo hanya ditawarkan untuk pasaran China. Belum diketahui jika ia akan dijual untuk pasaran global atau sebaliknya.
Sumber: Xiaomi
Berkaitan
- OnePlus Sahkan OnePlus 8T Akan Hadir Dengan Panel 120Hz
- OPPO Secara Rasmi Memperkenal Pengecasan Pantas 125W, Pengisian Penuh Dalam Masa 20 Minit
- Xiaomi 12T Pro Dengan Kamera 200MP Rasmi, Dijual Pada Harga Permulaan RM2699
- Muat Naik Status Berunsur Hasutan, Twitter Padam Ciapan Dan Kunci Akaun Trump Selama 12 Jam
- MIUI 12 Versi Global Telah Mula Dilepaskan Kepada 5 Peranti Ini
- iPhone 12 Dilaporkan Mempunyai Masalah Kesan Warna Hijau Pada Skrin
- Apple Mungkin Menangguhkan Pelancaran iPhone 12 Beberapa Bulan Lamanya
- Redmi 9A Dan Redmi 9C Diumumkan, Harga Bermula RM359
- Tinjauan: Pengguna Lebih Memilih Panel 60Hz AMOLED Berbanding Panel 90/120Hz LCD
- Laporan: iPhone 12 Pro Max Adalah Antara Peranti Terbaik Untuk Tahun 2021