Redmi K40 ditawarkan tiga model berbeza iaitu Redmi K40, Redmi K40 Pro dan Redmi K40 Pro+. Tiga model ini mempunyai beberapa sedikit perbezaan dari segi spesifikasi.
Ketiga-tiga telefon tersebut tampil dengan skrin berukuran 6.67 inci dengan paparan Super AMOLED 1080p serta kadar penyegaran 120Hz dan pensampelan sentuh 360Hz.
Bateri pula dimuatkan sebesar 4520mAh dengan pengecasan pantas 33W. Kesemua telefon ini, masih menggunakan tiga tetapan kamera belakang. Dua kamera adalah 8MP ultra lebar dan 5MP telefoto.
Di sini, perbezaan kamera utama dilihat. K40 dilengkapi 48MP dan K40 Pro 64MP. Manakala K40 Pro+ mempunyai sedikit kelebihan kerana kamera 108MP dengan sensor Samsung ISOCELL HM2. Sementara kamera swafoto kesemuanya hadir dengan 20MP.
Bukan itu sahaja, Redmi K40 Pro+ dan K40 Pro dikuasakan cip terpantas Qualcomm Snapdragon 888. Redmi K40 pula, ia juga menggunakan cip baharu iaitu Snapdragon 870.
Konfigurasi memori untuk K40 Pro+ adalah terhad iaitu 12GB RAM dan storan 256GB. K40 Pro pula adalah 6GB atau 8GB RAM dengan storan 128GB atau 256GB.
Untuk yang berminat dengan K40, ia ditawarkan lebih mampu milik kerana hadir dengan tiga varian iaitu 6GB/8GB/12GB RAM dan storan 128GB atau 256GB.
Harga jualan bagi Redmi K40 adalah bermula 1999 Yuan (~RM1251) dan model tertinggi, K40 Pro+ berharga 3699 Yuan (~RM2316).
Buat masa sekarang, telefon-telefon ini hanya ditawarkan di China. Namun, berdasarkan senarai IMDA, Redmi K40 akan dijenamakan semula sebagai POCO.
Ini bermakna, kita dapat lihat POCO adalah versi global bagi Redmi K40 dan dikatakan mungkin menggunakan nama POCO F3 atau POCO F3 Pro.
Sumber: gsmarena
Berkaitan
- Siri Lenovo Lemon K12, Pesaing Redmi Note 9 4G Akan Dilancarkan 9 Disember Ini
- Resipi Yang Sama, POCO X4 5G Mungkin Redmi Note 11 Pro 5G Yang Dijenamakan Semula
- Redmi Bakal Lancarkan Telefon Gaming Pertama Mereka Yang Dikuasakan Cip Dimensity 1200
- Telefon Redmi Dijangka Hadir Dengan Antara Muka Tersendiri
- Mungkin Redmi K40 Gaming Lite Akan Diperkenal
- Tiga Telefon Redmi Dijual Dengan Harga Murah Bermula Esok
- Ini Mungkin Spesifikasi Bagi Peranti Gaming Redmi
- Ini Adalah Telefon Gaming Redmi K40
- Pesaing Redmi K40 Gaming, realme GT Neo Gaming Bakal Tiba
- Redmi K40 Game Edition Tampil Dengan 'Keyboard' Razer