Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
redmi gaming fon

Ini Mungkin Spesifikasi Bagi Peranti Gaming Redmi

Diterbitkan April 19, 2021 oleh Amsyar Latif

Seperti yang anda ketahui, Redmi bakal menjadi pesaing baharu dalam arena peranti gaming kerana mereka akan melancarkan telefon segmen itu pada bulan ini.

Jika sebelum ini kami melaporkan dimana ia menggunakan pengecasan pantas yang setanding dengan Mi 11 Ultra, kini terdapat laporan berkaitan spesifikasi dalam peranti tersebut.

Dikhabarkan telefon gaming Redmi dilengkapi skrin AMOLED E4 dari Samsung dan menyokong kadar segar semula 144Hz.

Redmi gaming fon-2

Selain itu, ia juga akan menampilkan beberapa butang tambahan seperti mana yang terdapat pada siri Black Shark.

Jika diikutkan, setiap peranti yang mengkhususkan permainan mudah alih ini wajib memberikan butang tambahan.

Pada bahagian belakang pula, dilaporkan telefon tersebut akan mempunyai tetapan kuad kamera yang mungkin menggunakan sensor Sony IMX686 64MP untuk kamera utama.

Tambahan lagi, peranti gaming Redmi ini mungkin adalah yang paling murah berbanding pesaingnya kerana dijangka ia akan dijual dengan harga 2000 yuan (~RM1265).

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY