Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
redmi wide

Redmi Bakal Lancarkan Telefon Gaming Pertama Mereka Yang Dikuasakan Cip Dimensity 1200

Diterbitkan Januari 21, 2021 oleh Amsyar Latif

Redmi yang sebelum ini sering dikaitkan dengan telefon mampu milik, kini mereka akan beralih kepada segmen baharu di mana Redmi akan melancarkan telefon gaming pertama mereka yang dikuasakan cip MediaTek baharu – Dimensity 1200.

Redmi Bakal Lancarkan Telefon Gaming Pertama Mereka Yang Dikuasakan Cip Dimensity 1200

MenurutĀ digitalchatstation, telefon gaming daripada Redmi ini juga adalah telefon yang memfokuskan permainan e-sukan.

redmi 2

Tambahan lagi, pengurus besar Redmi turut mengesahkan bahawa telefon ini akan menggunakan cip pemproses baharu tersebut.

redmi 3

Selain itu, beliau turut menyatakan ia akan ditawarkan dengan harga mampu milik. Mungkinkah ia akan menjadi pesaing Black Shark dan Asus ROG Phone?

Telefon gaming ini dijangka akan hadir dengan spesifikasi yang diperlukan para gamerĀ seperti kadar penyegaran yang tinggi, bateri yang besar dan beberapa butang tambahan.

Dalam pada itu, Redmi juga akan melancarkan telefon andalan mereka – Redmi K40 dalam masa terdekat ini.

Sumber: gizmochina

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY