Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
redmi k30 ultra

Redmi K30 Extreme Commemorative Edition Akan Turut Diperkenal 11 Ogos Ini, Kemungkinan Adalah Redmi K30 Ultra

Diterbitkan Ogos 6, 2020 ยท Dikemas kini Ogos 6, 2020 oleh Amalina Athman

Semalam, Xiaomi mengesahkan akan memperkenal Mi 10 “Extreme Commemorative Edition” pada 11 Ogos ini. Terbaru, syarikat itu telah memuat naik poster yang memperlihatkan sebuah lagi peranti akan turut diperkenal pada tarikh yang sama bersempena ulangtahun ke-10 Xiaomi.

Redmi K30 Ultra

Dikenali sebagai Redmi K30 “Extreme Commemorative Edition”, kemungkinan ia adalah Redmi K30 Ultra. Sama seperti Mi 10 “Extreme Commemorative Edition”, spesifikasi mengenai peranti ini juga masih belum didedahkan.

Berdasarkan ura-ura, peranti ini mungkin dijana cip pemproses Dimensity 1000+ serta konfigurasi RAM 6GB hingga 12GB bersama konfigurasi storan dalaman sehingga 512GB.

Ia turut dijangka hadir dengan skrin paparan 6.67 inci OLED FHD+ tanpa takuk serta sokongan kadar segar semula 120Hz. Bagi kamera, ia akan dimuatkan dengan kamera swafoto pop-up 20MP dan kuad kamera 64MP.

Sehingga itu, nantikan pengumuman rasmi dari Xiaomi pada acara yang akan berlangsung 11 Ogos nanti.

Sumber: Weibo via GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY