Redmi 9C Hadir Dengan Varian 3GB/64GB, Ditawar Pada Harga RM479

Redmi 9C telahpun diperkenalkan bersama satu lagi peranti iaitu Redmi 9A pada Jun lalu. Kedua-dua peranti ini ditawarkan sebagai kelas permulaan dalam barisan keluarga Redmi. Xiaomi pada kali ini membawakan varian yang lebih besar dengan RAM 3GB+64GB storan dalaman bagi Redmi 9C.

harga redmi 9c 3gb 64gb

Dari segi spesifikasi lain, ia masih lagi menggunakan cip pemproses MediaTek Helio G35. Ia dimuatkan dengan skrin 6.53 inci HD+, kapasiti bateri 5000mAh serta menyokong pengecasan pantas 10W.

Bahagian belakang peranti dilengkapi tetapan tiga lensa dengan 13MP utama, 2MP makro dan 2MP depth, serta 5MP bagi kamera swafoto.

Pra tempahan boleh dilakukan bermula 14 Ogos hingga 21 Ogos 2020 menerusi Mi Store. Sementara, jualan rasmi akan bermula pada 22 Ogos 2020.