Seperti yang dikhabarkan sebelum ini, Redmi 9A hadir dengan paparan skrin 6.53 inci HD+. Ia dijana cip pemprosesan MediaTek Helio G25 dan digandingkan dengan RAM 2GB+32GB storan dalaman. Melengkapkan peranti ini adalah dengan tetapan kamera 13MP utama dan kamera swafoto 5MP. Ia didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu Gray, Peacock Green dan Sky Blue.
Bagi Redmi 9C, ia dilengkapi paparan skrin 6.53 inci HD+ dengan sensor imbasan cap jari di skrin utama. Terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan iaitu Midnight Gray, Sunrise Orange dan Twilight Blue. Pada bahagian belakang peranti dimuatkan dengan tetapan tiga lensa dengan 13MP utama, 2MP makro dan 2MP depth, serta 5MP bagi kamera swafoto.
Menawarkan spesifikasi yang lebih tinggi, Redmi 9C dikuasakan cip pemproses MediaTek Helio G35 dengan RAM 2GB+32GB ruang simpanan. Kedua-dua peranti ini dimuatkan dengan kapasiti bateri 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 10W.
Redmi 9A akan mula dijual pada 7 Julai ini melalui Lazada dan Shopee dengan harga RM319 (harga sebenar RM359). Bagi Redmi 9C, ia akan ditawarkan penghujung Julai ini pada harga RM429.
Beli produk Xiaomi dari:
Lazada (https://invol.co/clprkn)
Berkaitan
- Siri Xiaomi 13 Akan Diperkenal 1 Disember Ini
- Sah, Xiaomi 13 Ultra Akan Dilancar Pada Minggu Depan
- Redmi Note 9 4G Dijangka Hadir Untuk Pasaran Global Tidak Lama Lagi
- Tiada Model Terbaru Mi Mix Yang Akan Dilancarkan Tahun Ini - CEO Xiaomi
- Xiaomi Perkenal Xiaomi 14, Watch S3 Edisi Terhad Dengan Warna SU7
- Xiaomi Mi MIX 4 Dijangka Hadir Dengan Teknologi Kamera Bawah Paparan
- Xiaomi Bakal Lancar MIUI 12 Dan Mi 10 Youth Dengan 50x Zoom 27 April Ini
- Redmi Note 9 Pro Tersenarai Dalam Android Enterprise Recommended
- Pelancaran Global Siri Xiaomi 14 Akan Berlangsung 25 Februari
- Xiaomi Sahkan Mi 11 Pro Dan Mi 11 Ultra Akan Dilancarkan Minggu Depan