Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
REDMI 15 Featured Image

Redmi 15 – Untuk Yang Mahu Bateri 7000mAh Dengan Harga Bawah RM700

Diterbitkan Disember 23, 2025 · Dikemas kini Disember 23, 2025 oleh ainabatrisyia

Ringkasan Ulasan: REDMI 15

Wiser memberi REDMI 15 skor 7/10. Harganya di Malaysia ialah RM599 semasa ulasan ini diterbitkan pada 23 Disember 2025.

Produk REDMI 15
Skor Wiser 7/10
Harga (semasa ulasan) RM599
Diulas oleh ainabatrisyia
Tarikh ulasan 23 Disember 2025

Kelebihan

  • Bateri 7000mAh
  • Skrin besar dengan full HD+
  • Rekaan nampak premium

Kekurangan

  • Cas 33W sahaja
  • Bezel agak tebal
  • Skrin LCD
  • Ada alternatif seperti Redmi Note 14 5G yang lebih baik

Beli di: Shopee · Lazada

Untuk anda yang menginginkan telefon pintar dengan bateri berkapasiti besar tapi hanya pada bajet kurang dari RM700, anda patut cuba pertimbangkan Redmi 15.

Anda boleh juga tonton video di bawah untuk ulasan yang lebih terperinci.

@wisermy

Apa best dan tak best dengan redmi 15 ni? xiaomi #redmi #hyperos

♬ original sound – Wiser MY – Wiser MY

Apa yang menarik tentang telefon ini adalah, bateri yang dibekalkan berkapasiti 7000mAh. Ini merupakan kapasiti bateri yang agak besar untuk telefon di dalam segmen kelas permulaan.

Mahupun begitu, telefon ini hanya menyokong pengecasan pantas sehingga 33W sahaja. Jadi untuk bateri 7000mAh, ia akan mengambil masa yang agak lama untuk dicas sepenuhnya.

Saiz skrin telefon juga agak besar iaitu 6.9 inci dengan full HD+ serta 144Hz kadar segar semula. Dengan ini, anda boleh menikmati pengalaman yang memuaskan semasa menonton video atau melayan media sosial walaupun anda hanya menggunakan telefon entry level. Tetapi pada punch hole kamera telefon ini, akan nampak kesan burn in.

REDMI 15 ini direka dengan rekaan Quad Curve Design pada panel belakang. Terdapat tekstur garisan beralun yang halus dan sedikit kilat yang menjadikan telefon ini kelihatan premium dan mahal.

Namun bezel pada panel hadapan telefon ini kelihatan agak tebal dan yang paling ketara sekali adalah pada bahagian dagu telefon ini. Tapi jika anda tidak merasakan itu sebagai satu masalah, anda boleh tengok pada ciri best yang lain.

Telefon pintar ini dijual pada harga RM599. Kalau anda berminat untuk membeli, boleh pergi ke Laman Beli kami dan cari kod 202.

Berkaitan

  • Redmi 15 5G Kini Dilancarkan - Bateri 7,000mAh, Harga RM729
  • Redmi 15C Dilancarkan, Harga Bermula RM429
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY