Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmi 10 5G-compressed-compressed (1)-compressed

Redmi 10 Dikemaskini – Tampil Dengan Spesifikasi Dan Rupa Baharu

Diterbitkan Mac 29, 2022 · Dikemas kini Mac 29, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Redmi 10 5G juga telah dirasmikan untuk pasaran tempatan. Telefon yang menyokong rangkaian 5G ini dijana MediaTek Dimensity 700, RAM sebesar 4GB dan 6GB serta storan daripada 64GB hingga 128GB.

Pengguna juga boleh menggunakan kad memori untuk menambah storan luaran sehingga 512GB.

Di samping itu, ia juga dilengkapkan bateri 5000mAH yang menyokong pengecasan pantas 18W. Pengecas diberi pula mampu mengecas sehingga 22.5W.

Bagi fotografi pula, 3 kamera menjadi taruhan iaitu 50MP + 2MP di belakang manakala 5MP untuk kamera swafoto.

Dari segi paparan, Redmi 10 5G ini disertakan skrin LCD bersaiz 6.58 inci FHD+ berkadar segar 90Hz dengan kaca Gorilla Glass 3 sebagai perlindungan.

Redmi 10 5G ini terdapat dalam 3 warna iaitu Graphite Gray, Chrome Silver dan Aurora Green.

Malangnya harga dan tarikh ketersediaannya di pasaran tempatan hanya akan dikongsikan Xiaomi kelak melalui media sosial Facebook dan Instagram mereka.

Baca juga:

  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar
  • Guna Tips Ini, Auto ‘Chicken Dinner’ PUBG Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY