Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmi 10

Redmi 10 Akan Diperkenalkan, Mungkin Jadi Rebutan

Diterbitkan Ogos 16, 2021 oleh Amsyar Latif

Adakah anda masih menggunakan siri Redmi 9? Kalau anda tidak berapa meminati siri Redmi Note 10, mungkin boleh pertimbangkan telefon Redmi 10.

Xiaomi telah mengesahkan kehadiran Redmi 10 buat pasaran yang mana beberapa spesifikasinya secara tidak sengaja telah didedahkan.

Redmi 10 akan dilengkapi skrin 6.5 inci FHD+ LCD dengan kadar segar semula 90Hz (adaptive sync). Turut hadir dengan cip MediaTek Helio G88 serta memori hingga 6GB RAM dan 128GB storan.

redmi note 10 fon

Dari segi rekaan, ia mirip telefon Mi 10 Ultra dan menarik lagi, Redmi 10 dilengkapi 4 lensa – 50MP utama, 8MP ultra lebar, 2MP makro dan 2MPĀ depth bersama-sama 8MP swafoto.

Lain-lain adalah bateri 5000mAh, pengecasan 18W berwayar dengan 9W berbalik, dwi-pembesar suara, 3.5mm bicu audio dan didatangkan pengecas 22.5W.

Telefon ini bakal menjalankan MIUI 12.5 yang berasaskan Android 11. Harga masih belum diketahui tapi berkemungkinan ia seakan Redmi Note 10. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan pelancarannya.

Sumber: xda, xiaomi

Baca juga:

  • Pengecas Tanpa Wayar 100W Xiaomi Dilancarkan
  • Satu Lagi Telefon Xiaomi Mi 11 Akan Masuk Malaysia
  • Sekatan A.S Terhadap Huawei Menyebabkan Keuntungan Syarikat Itu Merudum

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY