Sekatan A.S Terhadap Huawei Menyebabkan Keuntungan Syarikat Itu Merudum

Syarikat Huawei Technologies Co. dilaporkan telah merekodkan keuntungan yang semakin berkurangan sehingga 38% bagi 3 suku tahun berturut-turut kesan daripada sekatan oleh kerajaan Amerika Syarikat (A.S) terhadap syarikat tersebut.

Sekatan yang dikenakan itu menyukarkan Huawei menerima bekalan cip pemprosesan sekaligus menjejaskan penjualan telefon pintar dan peralatan telekomunikasi keluaran syarikat dari China itu.

Malah ketiadaan servis dan sokongan Google menerusi sistem operasi Android dalam peranti pintar Huawei menyebabkan pengguna kini semakin kurang berminat untuk memiliki produk-produk terbaru keluaran syarikat itu.

Huawei sedar akan kesan sekatan terhadap mereka menyebabkan Huawei terpaksa beralih kepada mod survival.

We’ve set our strategic goals for the next five years. Our aim is to survive and to do so sustainably.” Eric Xu

Huawei yang tidak lama dulu pernah hampir memegang takhta sebagai pengeluar telefon pintar terbesar dunia pada tahun 2019 telah terbantut selepas kerajaan Amerika menyenarai hitamkan Huawei dan menyekat syarikat gergasi China itu daripada menjalankan sebarang bentuk urusan perniagaan bersama syarikat-syarikat teknologi Amerika.

Kini Huawei telah pun terkeluar daripada senarai 5 jenama terbesar di pasaran China.

Pasaran telefon pintar dunia kini dikuasai oleh Samsung, Xiaomi, vivo, OPPO dan Apple.

Sumber: WSJ

Baca juga: Huawei Terpaksa Menangguhkan Cita-Cita Menjadi Pengeluar Telefon Pintar Terbesar Di Dunia

Ini 5 Jenama Pengeluar Telefon Terbesar Di Dunia Setakat Suku Kedua 2021