Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmagic 9s pro

RedMagic 9s Pro Kini Tersedia Di Malaysia Dengan Harga Lebih Murah

Diterbitkan Ogos 9, 2024 ยท Dikemas kini Ogos 9, 2024 oleh Amsyar Latif

RedMagic 9s Pro sudah pun masuk secara rasmi pada penghujung Julai lepas dengan tanda harga bermula RM3,699. Kini, ia dilancarkan semula tetapi dengan tanda harga lebih murah, iaitu bermula RM3,499 sahaja. Tambahan lagi, jaminan peranti juga adalah sehingga 18 bulan dari ZTE Malaysia.

Sekiranya anda lupa, RedMagic 9s Pro dikuasakan Snapdragon 8 Gen 3 Leading Version dengan sokongan memori LPDDR5X dan storan UFS 4.0. Menampilkan paparan AMOLED 6.8 inci dengan 120Hz, kecerahan 1,600 nits dan dilindungi Corning Gorilla Glass 5.

Turut dilengkapi sistem penyejukan ICE 13.5 dengan kelajuan kipas mencecah 22,000 RPM bersama kipas RGB.

RedMagic 9s Pro Kini Tersedia Di Malaysia Dengan Harga Lebih Murah
RedMagic 9s Pro Kini Tersedia Di Malaysia Dengan Harga Lebih Murah
Ia juga menawarkan kamera utama 50MP dengan OIS, 50MP ultra lebar dan 2MP sensor kedalaman. Sementara 16MP lensa swafoto di bawah skrin.

Bateri berkapasiti 6,500mAh dibekalkan bersama-sama kelajuan mengecas 80W.

Seperti dinyatakan, peranti ini dijual dengan tanda harga RM3,499 (12+256GB) dan RM4,399 (15+512GB).

Bagi berminat, prapesan bermula 10 Ogos sehingga 13 Ogos 2024 yang mana setiap prapesan dibuat bakal menerima RedMagic Cooler VC 5 Pro (bernilai RM249).

Berkaitan

  • REDMAGIC 9 Pro Atau ROG Phone 8 Pro? Ini Jawapan Kami
  • Beli Barang Elektronik Lebih Berbaloi Di Platform Ini
  • realme Akan Perkenal Teknologi Pengecasan Terpantas Pada 14 Ogos
  • Senarai Papan Induk MSI Yang Disarankan Untuk Cip Siri AMD Ryzen 9000

Beli peranti RedMagic di:

Shopee – https://invl.io/cllfod4

Sumber: Siaran media ZTE Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY