Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo x90 pro (2)

vivo Bekerjasama Dengan Sony Hasilkan Sensor Kamera ‘Next-Gen’

Diterbitkan Ogos 2, 2023 · Dikemas kini Ogos 3, 2023 oleh Firdaus

vivo mengumumkan kerjasama dengan Sony, bahagian Lytia untuk membangunkan sensor kamera LYT800 yang dipertingkatkan untuk siri vivo X100 nanti.

vivo X100

Bagaimana Sensor Kamera Baharu Itu Berfungsi?

Dalam kamera biasa, fotodiod (berfungsi untuk menangkap cahaya) dan transistor (berfungsi membaca maklumat cahaya) kebiasaannya diletakkan bersebelahan.

vivo X100

Sensor LYT800 yang baru ini pula memisahkan kedudukan 2 komponen tersebut dan diletakkan dalam lapisan berbeza dalam susunan atas bawah.

Oleh itu, konfigurasi ini memberikan sensor baru tersebut ruang yang optimum untuk menangkap cahaya dengan lebih baik. Dan tidak lupa juga ia memberikan satu kelebihan dalam kawasan kurang cahaya atau gelap.

vivo X100

Selain itu, rakan kolaborasi vivo, Zeiss akan menghasilkan lensa telefoto Vario-Apo-Sonne baru untuk siri X100. Dan mampu menghasilkan fokus yang baik pada jarak yang lebih dekat.

vivo X100

Tidak cukup dengan itu, vivo juga mengumumkan cip V3 ISP 6nm yang baru untuk hasilkan kualiti video mod potret hingga resolusi 4K.

Berkaitan

  • Samsung Galaxy S24 Dan S24+ Nampaknya Mungkin Ada Naik Taraf Terbesar
  • Penonton Konsert Taylor Swift Hasilkan Gegaran Menyamai Gempa Bumi 2.3 Magnitud
  • POCO M6 Dengan Sokongan 5G Dijangka Hadir Tidak Lama Lagi
  • Redmi 12 5G Rasmi, Jadi Pertama Dengan Cip Snapdragon 4 Gen 2
  • Celcom Ada Pelan Prabayar 5G Serendah RM48/Bulan, "Unlimited" Sepantas 3Mbps

Mengikut sumber, siri vivo X100 mungkin dikuasakan cip daripada platform Dimensity 9300, memori RAM 12GB dan storan standard 256GB. Tidak lupa juga skrin AMOLED 120Hz kadar segar semula, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas FlashCharge 100W.

Beli Peranti vivo Di Shopee: https://invl.io/cljg1nw

Beli Peranti vivo Di Lazada: https://invol.co/cljg1o0

Sumber: Weibo, GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY