Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tecno Pova 5 Pro

Tecno Pova 5 Pro Rasmi, Bawa Prestasi Lebih Berkuasa Dan Sokongan 5G

Diterbitkan Ogos 3, 2023 · Dikemas kini Ogos 3, 2023 oleh Firdaus

Sebelum ini, saya ada berkongsikan berita akan kehadiran Tecno Pova 5 Pro tidak lama lagi. Kini, peranti tersebut telah dirasmikan pada awal Ogos sebelum ini dan berikut adalah spesifikasi peranti terbaru Tecno ini.

Tecno Pova 5 Pro

Spesifikasi Tecno Pova 5

Tecno Pova 5 Pro dikuasakan cip MediaTek Dimensity 6080 6nm TSMC yang lebih baik berbanding Helio G99 pada model standard dan sokong 5G.

Selain itu, Pova 5 Pro dilengkapi 8GB + 8GB RAM, storan 256GB, vapor chamber seluas 2,820mm dan ruangan pelesapan haba 12,979mm yang lebih besar.

Tecno Pova 5 Pro

Peranti ini, mempunyai skrin IPS LCD 6.78″ beresolusi FHD+ dan sokongan kadar segar semula 120Hz. Peranti ini didakwa mampu kekalkan kadar bingkai pada paras 80fps dan maksimum 120fps.

Peranti ini juga mempunyai linear motor pada Z-axis nya yang mampu meningkatkan tindak balas haptik dalam PUBG Mobile. Tecno Pova 5 Pro disokongkan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 68W.

https://army.wiser.my/wp-content/uploads/2023/08/Tecno-Pova-5-Pro.mp4

Versi Pro ini mempunyai sensor kamera 50MP, pembesar suara stereo yang sokong Hi-Res dan DTS, Bypass Charging dan jalur LED.

Tecno Pova 5 Pro fon

Tecno Pova 5 Pro akan tersedia tidak lama lagi untuk kawasan Asia Tenggara, Timur Tengah dan Amerika Selatan. Dan seperti model standard, versi Pro juga nanti akan ada kolaborasi dengan Free Fire.

Beli Peranti Tecno Di Shopee: https://invl.io/cljg9lc

Beli Peranti Tecno Di Lazada: https://invol.co/cljg9lk

Berkaitan

  • Samsung Galaxy S24 Dan S24+ Nampaknya Mungkin Ada Naik Taraf Terbesar
  • POCO M6 Dengan Sokongan 5G Dijangka Hadir Tidak Lama Lagi
  • Redmi 12 5G Rasmi, Jadi Pertama Dengan Cip Snapdragon 4 Gen 2
  • vivo Bekerjasama Dengan Sony Hasilkan Sensor Kamera 'Next-Gen'
  • DJI Lancar Osmo Action 4 Dengan Sensor Lebih Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY