Sedar tak sedar, kita telah memasuki bulan Ogos 2024 dan ada pelbagai telefon pintar dilancarkan ke dalam pasaran Malaysia.
Dengan berbagai-bagai pilihan peranti yang ada, kami ingin berkongsikan kepada anda 5 telefon pintar terbaik bawah RM700 yang patut anda pertimbangkan.
Sebelum kita memasuki senarai 5 peranti terbaik itu, anda boleh melihat pelbagai artikel 5 terbaik kami melalui pautan ini.
**Harga tertera adalah ketika artikel ini ditulis.
{snap}
Tecno POVA 5 (RM699)
Peranti Dengan Prestasi Bateri Terbaik
Tecno POVA 5 adalah kemasukan baru dalam pasaran Malaysia untuk bajet bawah RM700. Peranti ini disokong kapasiti bateri 6,000mAh – yang terbesar dalam kelasnya dengan pengecasan 45W.
Selain itu, ia dikuasakan cip MediaTek Helio G99, RAM 8GB dan storan 256GB dengan slot kad mikroSD. Tidak lupa juga skrin IPS LCD 6.78″ dengan sokongan kadar segar semula 120Hz.
Peranti ini mempunyai sensor kamera utama 50MP dan 8MP swafoto, 2 pembesar suara dengan penarafan Hi-Res Audio dan ia sangat sesuai kepada anda yang mencari peranti dengan prestasi bateri cemerlang.
{snap}
Redmi 12 (RM699)
Peranti Permulaan Rekaan ‘Flagship’
Telefon Redmi 12 adalah peranti terbaru daripada Redmi yang dilancarkan pada awal Julai lepas. Seperti gambar di atas, peranti ini menawarkan rekaan panel belakang unik daripada kaca berbanding plastik yang standard.
Redmi 12 dikuasakan cip MediaTek Helio G88 4G, memori RAM 8GB dan storan 256GB dengan tambahan slot kad mikroSD. Selain itu, ia dilengkapi skrin IPS LCD 6.79″ beresolusi FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz.
Redmi 12 mempunyai sistem tetapan 3 kamera – 50MP utama, 8MP sudu lebar, 2MP makro dan 8MP swafoto. Tidak lupa juga ia disokong bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 18W.
Redmi 12 sesuai untuk pembaca yang inginkan sebuah peranti yang cantik dan elegan pada harga mampu milik.
{snap}
Infinix Note 30 (RM699)
Peranti Paling Berbaloi
Jika anda mencari peranti paling berbaloi bagi kelas RM700 ke bawah, tiada yang lebih layak melainkan Infinix Note 30. Pertama, peranti ini dikuasakan MediaTek Helio G99, memori RAM 8GB dan storan 256GB dengan slot kad mikroSD hingga 2TB.
Tidak seperti versi Pro, peranti ini dilengkapi skrin IPS LCD 6.78″ FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, bateri berkapasiti 5,000mAh dan pengecasan pantas 45W, pengecasan berbalik dan bypass charging.
Tambahan lagi, peranti ini mempunyai 2 pembesar suara yang ditala oleh JBL, sokong Hi-Res Audio dan perlindungan IP53. Peranti ini mempunyai sistem 3 kamera – 64MP, 2MP, lensa AI dan 16MP swafoto.
{snap}
vivo Y27 4G (RM699)
Peranti Terbaru Dalam Kelas RM700 Ke Bawah
Seperti peranti-peranti yang lain, vivo Y27 4G juga adalah telefon pintar yang baru sahaja dilancarkan pada Julai lepas. Dan peranti terbaru vivo ini juga menawarkan spesifikasi yang tidak kurang hebatnya.
vivo Y27 4G dikuasakan cip MediaTek Helio G85, memori RAM 6GB + 6GB dan storan 128GB. Selain itu, ia dilengkapi skrin Sunlight Display 6.64″ beresolusi FHD+ dengan panel IPS LCD.
Di samping itu, vivo Y27 disokong bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 44W. Peranti ini mempunyai sistem tetapan 2 kamera – 50MP, 2MP dan 8MP swafoto.
{snap}
realme C55 (RM699)
Ciri Dynamic Island Pada Mesra Poket
realme C55 adalah peranti Android pertama yang menawarkan ciri Dynamic Island Apple iPhone dengan nama komersial Mini Capsule.
realme C55 dikuasakan cip MediaTek Helio G88, memori RAM LPDDR4X 6GB dan storan 128GB pada harga tersebut. Selain itu, ia dilengkapi skrin IPS LCD 6.72″ beresolusi FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz dan kecerahan maksimum 980 nits.
Peranti ini mempunyai tetapan 2 kamera – 68MP utama, 2MP dan 8MP swafoto dalam bahagian binaan Mini Capsule itu. Tidak lupa juga realme C55 disokong bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W.
Bagi anda yang meminati peranti realme dan inginkan fungsi seakan Dynamic Island pada peranti Android, realme C55 patut anda pertimbangkan.