Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TNB Elektrik

Rebat Bil Elektrik RM40 Dilanjutkan Sehingga Hujung Tahun 2024

Diterbitkan Februari 23, 2024 · Dikemas kini Februari 23, 2024 oleh ariff bukhari

Pada tahun 2023 lalu, Kerajaan telah melancarkan Program Rebat Bil Elektrik RM40 bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat.

Berita baik kepada pengguna kerana program itu kini dilanjutkan sehingga hujung tahun 2024.

Program Rebat Bil Elektrik RM40 adalah program khusus kepada kumpulan sasar miskin tegar berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan rakyat.

TNB rebat elektrik

Penerima yang layak adalah Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai dan disahkan di bawah kategori miskin tegar dalam Sistem eKasih Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

KIR yang terlibat dengan program ini juga dikecualikan daripada bayaran deposit akaun bil elektrik atas nama sendiri.

Jadi dengan perlanjutan program rebat ini, ia diharap dapat terus membantu meringankan kewangan rakyat Malaysia yang memerlukannya.

Untuk info lebih lanjut berkenaan program ini, anda boleh menghubungi talian hotline berikut:-

  1. MyGCC – 03-8000 8000
  2. Tenaga Nasional Berhad (TNB) – 1-300-88-5454
  3. Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) – 088-515000/15454
  4. Sarawak Energy Berhad (SEB) – 1-300-88-3111

Berkaitan

  • 8 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Program Rebat Bil Elektrik Sehingga RM40
  • BYD Seal Rasmi Di Malaysia, Varian Prestasi Berharga RM199,800 Sahaja
  • Maxis Tayang Teknologi 5.5G Pertama Di Malaysia, Kelajuan Lebih 8Gbps

Sumber: TNB Careline

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
©2026 WISER.MY