Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
byd seal

BYD Seal Rasmi Di Malaysia, Varian Prestasi Berharga RM199,800 Sahaja

Diterbitkan Februari 22, 2024 ยท Dikemas kini Februari 22, 2024 oleh ariff bukhari

Sebentar tadi telah berlangsungnya acara perasmian model terbaru EV dari BYD untuk pasaran Malaysia, BYD Seal.

Pelancaran itu turut dihadiri oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Untuk pasaran Malaysia, BYD Seal ditawarkan dalam 2 varian iaitu BYD Seal – Varian Premium dan BYD Seal – Varian Prestasi AWD dengan masing masing berharga RM179,800 dan RM199,800.

BYD Seal

BYD Seal pertama kali ditayangkan di Malaysia pada Disember 2023 lepas.

BYD Seal – Varian Premium menghasilkan 308 hp dan tork 360 Nm dengan bateri berkapasiti 82.5 kWh LFP yang mampu memberikan jarak perjalanan sejauh 570 km.

Manakala BYD Seal – Varian Prestasi pula berupaya menghamburkan kuasa setinggi 215 hp dan tork 310 Nm ditambah lagi unit motor di belakang 308 hp/360 Nm. Sekali gus menghamburkan kuasa keseluruhan setinggi 523 hp dan tork setinggi 670 Nm.

Tapi ia masih menggunakan kapasiti bateri yang sama dengan Seal – Varian Premium yang mampu memberikan jarak perjalanan sehingga 520 km.

BYD Seal

Untuk pengecasan pula, Seal – Varian Premium dan Prestasi menggunakan pengecas AC Type 2 7kW yang mengambil masa selama 15.2 jam untuk mengecas bateri dari 0% – 100%.

Tapi dengan pengecas DC, ia menyokong sehingga 150 kW yang hanya mengambil masa mengecas 37 minit dari kadar bateri 10 – 80%.

Berkaitan

  • Pernah Diketawakan Elon Musk, BYD Kini Atasi Tesla
  • BYD Lancar YangWang U7, Sedan NEV Mewah Dengan Kuasa Lebih 1,000HP
  • BYD Akan Lancar YangWang U9, EV Berkuasa Mampu 'Menari' Dan Pecut 0 - 100km/j Dalam Masa 2 Saat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY