Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme x3 pro

realme X3 Bakal Hadir Dengan RAM Sehingga 12GB

Diterbitkan Jun 22, 2020 · Dikemas kini Jun 22, 2020 oleh Amalina Athman

Awal bulan ini telah menyaksikan realme X3 Superzoom ditawarkan secara rasmi dalam pasaran tempatan. Kini, versi terbaru realme X3 telah dikesan pada laman GeekBench.

realme X3 Bakal Hadir Dengan RAM Sehingga 12GB

Melalui senarai Geekbench, ia menunjukkan skor bagi single-core adalah 2307 dan multi-core 8216. Khabar angin sebelumnya mendakwa peranti ini dimuatkan dengan 8GB RAM.

Bagaimanapun, penyenaraian GeekBench pada kali ini memperlihatkan peranti dengan nombor model RMX2085 hadir dengan 12GB RAM. Kemungkinan ia akan ditawarkan dengan beberapa konfigurasi RAM.

realme X3 Bakal Hadir Dengan RAM Sehingga 12GB

Terdahulu, realme X3 disenaraikan pada Google Play Console dengan menguasakan cip Snapdragon 855+, iaitu cip yang sama terdapat pada realme X3 Super Zoom. Selain itu, ia turut memperlihatkan resolusi paparan peranti 1080x2400p serta sokongan sistem operasi Android 10.

Sumber: GizmoChina

Beli realme X3 Super Zoom di:

Lazada (https://invol.co/clpexr)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
  • Platform X Kini Perkenal Ciri Kawalan Ibu Bapa
  • Astro X3 Kini Ditawarkan Tanpa Kontrak, Harga Promosi Bermula RM39.99/Bulan
  • Remaja 18 Tahun Didakwa Godam 11,000 Data Warga Denmark
  • Elon Musk Umum Setiap Kanak-Kanak Di AS Bakal Terima Dua Saham SpaceX
  • Cadangan Tarif AS Sehingga 25% Ke Atas Malaysia Belum Muktamad, Kerajaan Mahu Pastikan Tidak Lebih 19%
  • vivo V80 Mula Dijual 28 November, Harga Bermula RM2,499 Dengan Ganjaran Hingga RM1,583
  • Universiti Kebangsaan Taiwan Bangunkan Cip AI Jimat Tenaga
©2026 WISER.MY