Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme Q5 poster charging

realme Q5 Akan Dilancar Minggu Depan, Hadir Dengan Sokongan Pengecasan 80W

Diterbitkan April 14, 2022 ยท Dikemas kini April 15, 2022 oleh Faiz Munir

realme bakal melancarkan siri realme Q5 mereka pada minggu hadapan, 20 April jam 2 petang. Seperti biasa, kita akan dapat melihat syarikat telefon pintar China ini akan mengacah produk mereka di laman Weibo.

Daripada poster yang dikongsikan oleh realme, kita dapat lihat bahawa siri peranti ini akan menyokong pengecasan pantas 80W. Walau bagaimanapun, masih belum pasti sama ada sokongan pengecasan ini kedua-dua model atau hanya untuk model Pro sahaja.

realme q5 80W

Selain daripada itu, kita juga dapat melihat bahawa peranti ini mempunyai butang kuasa pada sisi kanannya yang boleh dikatakan bahawa peranti ini menggunakan pengimbas cap jari bawah skrin. Dengan itu, sudah pasti yang peranti ini akan didatangkan dengan skrin jenis AMOLED.

Yang lainnya, peranti ini mempunyai lubang kamera swafoto pada bahagian kiri atas skrin, dulang SIM, pembesar suara dan semestinya lubang pengecasan pada bahagian bawah.

Kita berada seminggu sahaja lagi dari hari pelancaran. Oleh itu, pastinya realme akan mengacah lebih banyak lagi tentang peranti ini pada masa akan datang. Sama-sama kita nantikan.

Sumber: Weibo realme

Baca juga:

  • Ingatkan OPPO Reno7 Portret Saja Lawa, Rupanya Penggunaan Lain Pun Cun
  • ‘Architecture’ Cip Dari Pembangun Punca Kepada Isu “Overheating” Pada Peranti Android
  • Ada Guna Router Ini Di Rumah? Anda Patut Tukar Secepat Mungkin

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY