Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ada Guna Router Ini Di Rumah? Anda Patut Tukar Secepat Mungkin

Posted on April 14, 2022

Tahukah anda bahawa, router merupakan peranti yang yang lebih cenderung untuk digunakan lebih lama oleh pengguna. Asalkan mereka boleh disambungkan ke internet, mereka akan terus menggunakan router ini.

Walau bagaimanapun, Agensi Keselamatan Siber & Infrastuktur (CISA) mengingatkan pengguna yang masih menggunakan router lama berjenama D-Link untuk menukar router mereka.

Hal ini kerana, apabila router sudah tidak menerima kemas kini, peranti tersebut boleh dieksploit yang mana kes ini boleh menjadi lebih teruk. Pengilang sedar dengan masalah ini dan mereka akan menyelesaikannya dengan memberi kemas kini baharu. Malangnya kemas kini ini tidak akan diterima pada router lama (end-of-life).

Disebabkan itu, CISA telah menambah 5 model router D-Link yang menurut agensi tersebut sebagai peranti yang terjejas. 5 model tersebut ialah router D-Link DIR-810L, DIR-820L/LW, DIR-826L, DIR-830L dan DIR-836L.

Model router D-Link DIR810L
Model router D-Link DIRDIR-820L, DIR-826L, DIR-830L, dan DIR-836L

 

Menurut Malwarebytes Labs, penggodam boleh mengambil pada router ini untuk membuat panggilan Dynamic DNS tanpa pengesahan. Dari sini, penggodam tersebut oleh mengambil alih router anda.

Mungkin ada yang terfikir bahawa ini sekadar amaran yang dibuat-buat, namun anda perlu ingat bahawa perkara ini sememangnya terjadi. Inilah sebabnya mengapa D-Link sendiri menyarankan untuk anda menukar router anda secepat mungkin untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Seperti yang dijelaskan awal-awal tadi, pengguna lebih cenderung untuk terus menggunakan router mereka lebih lama. Oleh itu, diharapkan pengilang router dapat menyokong peranti mereka ini dengan lebih lama.

Sumber: Techspot

Baca juga:

  • ‘Architecture’ Cip Dari Pembangun Punca Kepada Isu “Overheating” Pada Peranti Android
  • Waze Perkenalkan ‘Retro Mode’, Sesuai Untuk Balik Kampung Nanti
  • Ingatkan OPPO Reno7 Portret Saja Lawa, Rupanya Penggunaan Lain Pun Cun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress