Nak Gambar Raya Lawa Tapi Bab Lain Pun Handal, Ini Mungkin Telefon Syawal Anda

Nama Reno cukup sinonim dengan potret sehingga ada yang terlupa ia juga telefon yang mempunyai fungsi lain setanding kameranya.

Mungkin ramai yang tak sedar, OPPO Reno ni bukan saja layak dijadikan ‘kamera’ kerana sistem kamera dwi-andalan (Dual Flagship Camera) yang menampilkan dua lensa iaitu lensa perdana Sony IMX709 dan IMX766, malah untuk penggunaan harian dan aspek lain juga setaraf prestasinya potretnya yang dikagumi ramai.



Dari segi skrin pula, Reno7 Pro ini siap dengan AMOLED sebesar 6.5 inci, setanding telefon-telefon lain di pasaran kini.

Cas 100% Dalam 31 Minit Saja Dengan SuperVOOC

Tapi, kalau bab bateri pula macam mana? Apalah erti telefon kalau cuma ada spesifikasi padu atas kertas dan kamera lawa tapi sehari perlu dicas 4-5 kali, kan?

Buanglah kekhuatiran itu kerana model Reno7 Pro ini disiapsiagakan dengan bateri sebesar 4,500mAh.

Sudahlah besar, sokong pengecasan pantas pula, sehingga 65W. Tak perlu beli pengecas baru, dengan OPPO Reno7 Pro ini, anda dibekalkan sekali dengan pengecas pantas SUPERVOOC yang mampu penuhkan bateri telefon anda dari 0-100% dalam 31 minit sahaja.

Macam ini, tak perlu risau bangun pagi terlupa cas telefon. Dengan pengecas terkemuka SUPERVOOC 65W, telefon pun dapat dicas penuh sewaktu anda sedang bersiap.

‘Gaming’ Pun Okey!

Kalau anda suka ambil gambar yang lawa tapi pada sama juga hantu game, ciri gaming pada Reno7 Pro ni mesti anda suka. Dilengkapkan X-Axis linear motor dan 4D Vibration, getaran yang dihasilkan telefon tak rasa murah dan flat. Barulah feel bila menembak.

Selain itu, AI Frame Rate Stabilizer pula akan memantau suhu telefon dan prestasi semasa anda memainkan LOLM, Mobile Legend, Free Fire, PUBG, Subway Surfers, Call of Duty: Mobile mahupun Genshin Impact.

Jadi, frame rate drop dapat dikawal supaya anda dapat bermain game dengan lancar. Dengan pengiktirafan TÜV SÜD Fluency pula, ia menjamin kelancaran ditawarkan telefon bukan hanya untuk waktu awal beli sahaja tetapi dalam jangka masa 2-3 tahun.

Biar Betul Ada RGB Dekat Belakang Macam Telefon ‘Gaming’?



Bab kamera ini, tidak terhad sekadar gambar dihasilkan saja cantik, tapi secara fizikal pun pada lensa belakangnya ada yang unik.

Jangan tak tahu, di kawasan sekeliling kameranya ada lampu yang menyala ketika notifikasi masuk yang dipanggil Orbit Breathing Light.

Silap-silap anda hanya minta kawan untuk hantar notifikasi semata-mata nak tengok cahaya pada kameranya.

Boleh tambah RAM Daripada 12GB Hingga 19GB Dengan Ciri Pengembangan RAM

Eh, soal memori pula macam mana? Dah 2022 ni, mana aci memori kecil, kan? OPPO Reno7 Pro ini hadir dengan RAM sebesar 12GB dan storan memori sehingga 256GB.

Tapi, RAM sebesar ini pun masih boleh ditambah lagi sehingga 7GB secara sementara melalui teknologi Pengembangan RAM (RAM Expansion). Ia menggunakan storan daripada 256GB yang tidak digunakan.

PC Connect Yang Memudahkan Kerja Seharian



Untuk penggunaan harian termasuklah ketika bekerja atau bersembang dengan kawan, ciri dalam ColorOS 12 seperti PC Connect sememangnya memudahkan anda.

Dengan aplikasi PC Connect, anda boleh melihat paparan telefon terus pada skrin komputer, pindah data secara langsung tanpa bersusah payah kejap pegang telefon kejap tengok komputer.

Bosan dengan emoji dan sticker? Ciri Omoji dan 3D Icons ada 14 bilion kombinasi yang boleh anda guna untuk melampiaskan perasaan dengan lebih seronok.

Pentingkan privasi? Ciri Anti-Peeping akan menyembunyikan notifikasi jika ia mengesan ada orang lain sedang memerhati skrin.

Tambahan, anda juga boleh hanya melayangkan tangan tanpa menyentuh skrin untuk menjawab, senyapkan panggilan atau kawal aplikasi menerusi fungsi Air Gesture.

Kata orang dari mata jatuh ke hati. Dah penat sembang bab dalaman, luarannya cun tak? OPPO Reno7 Pro ini ditawarkan dalam dua warna iaitu Starlight Black dan Startrails Blue.

Pada tubuh Startrails Blue, OPPO Glow yang digabungkan dengan teknologi LDI (Laser Direct Imaging) menampakkan seperti hujan meteor di panel belakangnya.

Ia hadir bersama dua tekstur dan dua salutan menampilkan perubahan warna yang dinamik. Bukan sekadar cantik di mata, namun tidak berat juga bahu memikul kerana Reno7 Pro ini diperbuat daripada bahan bergred aeroangkasa yang membuatkannya tahan lasak selain juga anticap jari.

OPPO Reno7 Pro ini ditawarkan dalam dua warna iaitu Starlight Black dan Startrails Blue. Anda boleh dapatkannya di kedai fizikal OPPO, OPPO Store, Lazada dan Shopee pada harga RM2,989 buat masa sekarang berbanding RM2,999 harga asalnya.

**Advertorial ini dibawakan oleh OPPO Malaysia

Berkaitan