realme Pad X Ada 5G, realme Watch 3 Pula Boleh Buat Panggilan

realme Malaysia juga melancarkan 2 lagi peranti selain GT Neo 3 iaitu tablet dan jam.

Tablet yang menyokong rangkaian 5G, realme Pad X menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 695 5GB dengan antara muka realme UI 3.0.

Harga rasminya ialah RM1,699 tetapi dijual pada harga RM1,399 sehingga 25 Ogos 2022. Ia dimuatkan RAM sebesar 6GB dan storan 128GB.

Ia juga tablet pertama realme yang menyokong Multi-Screen Collaboration yang membolehkan pengguna telefon untuk kongsi skrin ke Pad X bagi pemindahan fail dan menyalin teks.



Peranti ini hadir dengan ketebalan 7.1mm dengan berat 499g. Ia juga dilengkapi skrin WUXGA+ 2K yang mendapat pengiktrafan TÜV Rheinland untuk perlindungan cahaya biru pada mata pengguna.

Bateri padanya pula sebesar 8360mAh dan boleh dicas dengan kelajuan maksimum 33W.

Digabung bersamanya ialah realme Pencil yang ada kadar pensampelan 240Hz dan dicas secara magnetik.

Kamera belakang ialah 13MP manakala swafoto pula 8MP.
Klik SINI untuk beli realme Pad X melalui Shopee.



Jam realme Watch 3 datang dengan skrin bersaiz 1.8 inci dengan bingkai logam berbucu lengkung.

Menariknya, model jam terbaru ini datang dengan fungsi panggilan melalui Bluetooth. Ia juga dibantu cip Dual-Mode Bluetooth dan pembatalan hingar AI.

Ia dijual pada harga RM259 namun mulai hari ini hingga 25 Ogos, hanya dijual pada RM199.
Klik SINI untuk belinya melalui Shopee.

Sumber: Sumber Akhbar realme

{suggest}