realme telah memperkenalkan peranti pertama dalam siri Neo mereka, realme Neo7, yang menggabungkan spesifikasi andalan dengan harga kelas pertengahan.
Peranti ini menampilkan skrin 6.78-inci 8T LTPO OLED dengan resolusi FHD+, kadar segar semula antara 1-120Hz, dan kecerahan puncak 6,000 nits.
Paparan ini dilindungi kaca Crystal Armor Glass dan dilengkapi pengimbas cap jari dalam skrin serta kamera swafoto 16MP dilengkapi cip MediaTek Dimensity 9300+, bateri 7,000 mAh dengan pengecasan pantas 80W, dan ketahanan IP69 untuk air dan debu.
Neo7 dikuasakan cip MediaTek Dimensity 9300+, bateri 7,000 mAh dengan pengecasan pantas 80W, dan ketahanan IP69 untuk air dan debu. Kamera utama pada bahagian belakang menggunakan sensor 50MP Sony IMX882 dengan penstabil imej optik (OIS) serta lensa ultra lebar 8MP.
Telefon ini menggunakan realme UI 6.0 berasaskan Android 15, bersama ciri sambungan moden seperti Wi-Fi 7 dan Bluetooth 5.4. Untuk memastikan suhu kekal rendah, Neo7 hadir dengan penyerap haba besar 7,700mm² VC.
realme Neo7 hadir dalam warna putih, biru, dan hitam. Ia ditawarkan dalam beberapa konfigurasi di China:
- 12GB/256GB: CNY2,199 (~RM1,440)
- 16GB/256GB: CNY2,199 (~RM1,505)
- 12GB/512GB: CNY2,499 (~RM1,720)
- 16GB/512GB: CNY2,799 (~RM1,930)
- 16GB/1TB: CNY3,299 (~RM2,270)
Prapesan kini dibuka di China melalui laman rasmi realme, dengan penghantaran dijadualkan bermula 16 Disember 2024. Buat masa ini Neo7 hanya tersedia di pasaran China dan masih belum diketahui sama ada ia memasuki pasaran global atau tempatan.
{suggest}
Sumber: relme China