Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme GT Neo6

realme GT Neo6 Rasmi – Cip Snapdragon 8s Gen 3, Storan Hingga 1TB, 6000 nits

Diterbitkan Mei 10, 2024 · Dikemas kini Mei 10, 2024 oleh Amsyar Latif

realme akhirnya melancarkan telefon pintar terbaru mereka yang dilihat menawarkan spesifikasi berkelas andalan, iaitu realme GT Neo6.

Ia dikuasakan cip Snapdragon 8s Gen 3, memori 12/16GB LPDDR5X dan storan dalaman 256/512/1TB UFS 4.0.

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Ia dilengkapi skrin berukuran 6.78 inci LTPO AMOLED 120Hz dengan kecerahan maksimum 1,600 nits serta puncak kecerahan 6,000 nits untuk kandungan HDR, menerima penarafan TÜV Rhein Intelligent Eye Protection 3.0 dan SGS 5A e-sports screen. Pada bahagian hadapannya lagi, terdapat kamera swafoto 32MP dan skrinnya dilindungi Gorilla Glass Victus 2.

realme GT Neo6 full spec

Pada bahagian belakang pula, dua kamera ditawarkan yang merangkumi 50MP OIS lebar (IMX882) dan 8MP ultra lebar (IMX355). Bateri berkapasiti 5,500mAh dibekalkan dengan sokongan pengecasan pantas 120W SuperVOOC.

Lain-lain adalah termasuk penarafan IP65, Wi-Fi 6, NFC, Bluetooth 5.4 dan ditawarkan dalam tiga pilihan warna, iaitu perak, ungu dan hijau.

realme GT Neo6 warna

Buat masa sekarang, ia terhad untuk pasaran China sahaja dengan tanda harga jualan bermula RMB2,099 (~RM1,376) sehingga RMB2,999 (~RM1,967). Belum pasti lagi sama ada ia dibawa masuk ke pasaran Malaysia atau tidak. Jika masuk, mungkin bukan dalam masa terdekat.

Beli produk realme di:

Shopee – https://invl.io/clkov73

Lazada – https://invol.co/clkov74

Sumber: realme

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY