realme GT yang usianya belum mencapai sebulan, kini realme GT Neo pula diperkenalkan. Sebenarnya, ini selari dengan strategi yang diumumkan realme.
Jika realme GT, ia memfokuskan prestasi telefon pintar berkelas andalan. Manakala, realme GT neo pula mempertaruhkan kemampuan kamera dan fotografi.
Sesuai dengan misinya, realme GT Neo didatangkan lensa utama 64MP yang menggunakan sensor Sony IMX 682. Digandingkan bersama 8MP sudut lebar dan 2MP makro. Sementara lensa swafoto 16MP.
Turut terbina pemproses MediaTek Dimensity 1200 yang mana telefon pertama yang menggunakan cip ini. Ia dipadankan pula RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB.
Bateri masih dimuatkan berkapasiti 4500mAh tetapi pengecasan pantas hanya 50W berbanding realme GT 65W.
Selain itu, realme GT Neo dilengkapi paparan 6.43 inci Super AMOLED dengan sokongan kadar penyegaran 120Hz.
Ditawarkan pilihan tiga warna, Black, Silver dan Gradient. Harga yang dijual untuk pasaran China adalah bermula 1799 yuan (~RM1138).
Sumber: realme China via gsmarena