Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
jam cincin casio

Casio Perkenalkan Jam Cincin Digital Dengan Ciri Jam Randik Dan Penggera

Diterbitkan November 18, 2024 oleh ariff bukhari

Casio telah mengumumkan jam cincin digital pertamanya sendiri menerusi , CRW-001-1JR. Ia dicipta sempena memperingati ulang tahun ke-50 Casio menceburi perniagaan jam tangan digital.

CRW-001-1JR akan tersedia di Jepun pada bulan Disember dengan harga ¥19,800, atau sekitar RM572.

Walaupun sarung jam cincin kecil itu hanya bersaiz satu inci, Casio telah berjaya memasukkan skrin LCD enam segmen retro yang boleh memaparkan jam, minit dan saat.

Cincin itu juga dilengkapi dengan tiga butang yang boleh mengawal ciri tambahan seperti memaparkan tarikh atau masa dalam zon waktu yang berbeza, dan jam randik.

Malah skrin jam cincin itu juga mempunyai lampu, dan fungsi penggera yang akan memancarkan paparan.

Ia dikuasakan oleh bateri tunggal yang menurut Casio akan memastikan jam cincin kalis air ini berjalan selama kira-kira dua tahun yang juga mudah diganti.

Untuk mencipta semula reka bentuk dan butiran rumit dari jam tangan digital yang lebih besar yang menjadi asas jam cincin ini dengan tepat, Casio berkata, jam itu dihasilkan sebagai satu bahagian menggunakan proses pengacuan suntikan logam yang bermula dengan logam serbuk.

CRW-001-1JR secara kekal bersaiz 10.5 AS. Jika jari anda lebih kecil daripada itu, Casio menyertakan beberapa spacer untuk  disesuaikan.

Berkaitan

  • Cara Mudah Mengukur Saiz Cincin Menggunakan iPhone
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • NADMA Wujudkan Sistem Hebahan Amaran Awal Banjir Melalui SMS

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY