
Menyentuh spesifikasi, realme C12 dilengkapi panel IPS LCD 6.5 inci dengan resolusi HD+. Peranti ini dijana cip pemproses MediaTek Helio G35 dengan RAM 3GB dan storan 32GB. Untuk penambahan storan, realme C12 turut menyokong slot kad SD sehingga 256GB.
Pada bahagian belakang, peranti ini dimuatkan dengan sensor imbasan cap jari serta tetapan tiga kamera yang terdiri daripada 13MP utama, 2MP depth dan 2MP makro. Selain itu, realme C12 dilengkapi dengan bateri berkapasiti 6000mAh serta menyokong pengecasan 10W menerusi port micro-USB.

Ia ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Marine Blue dan Coral Red. Untuk pasaran Malaysia, realme C12 ditawarkan dalam pakej Long Live Music Bundle berharga RM529. Menariknya, pakej ini didatangkan bersama realme Buds Classic (RM59). Jualan pertama telah tersedia bermula hari ini, 25 Ogos 2020 dan boleh didapatkan menerusi Lazada.
Selain itu, pembelian juga boleh dilakukan menerusi realme Brand Store atau pengedar yang sah seluruh negara bermula 31 Ogos 2020.
Berkaitan
- realme Narzo 20 Pro Akan Dijual Lebih Murah, Percuma Smart Cam 360 Untuk Esok Sahaja
- Siri realme Q2 Akan Diperkenal Pada 13 Oktober Ini
- realme C15 Akan Diperkenal Pada 28 Julai, Hadir Dengan Bateri 6,000mAh
- Spesifikasi realme C17 Didedahkan- Paparan 90Hz, 13MP Kuad Kamera Dan Bateri 5,000mAh
- Pelbagai Produk AIoT realme Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 3 Disember Ini
- realme Koi Adalah Siri Peranti Baharu realme Dengan Cip Snapdragon 888
- realme V5 Bakal Diperkenal Pada Awal Ogos, Hadir Dengan Kuad Kamera
- realme C55 Akan Tiba Di Malaysia Pada Minggu Depan
- Pengecas 65W Akan Disertakan Dalam Kotak Pembelian realme V15
- realme Q Dengan Pengecasan 65W Dijangka Hadir 13 Oktober