Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme c12 malaysia

realme C12 Bakal Diperkenal Untuk Pasaran Tempatan 25 Ogos Ini

Diterbitkan Ogos 17, 2020 oleh Amalina Athman

realme kini mengumumkan keluarga baharu dalam siri realme C iaitu realme C12 bakal diperkenal untuk pasaran Malaysia pada 25 Ogos ini. Telah diumumkan terlebih dahulu dalam pasaran Indonesia, rekaannya adalah hampir sama seperti realme C15. Namun, ia membawakan spesifikasi yang lebih rendah pada beberapa bahagian.

realme c12

realme C12 dilengkapi panel IPS LCD 6.5 inci dengan resolusi HD+, takuk kecil, sensor imbasan pada bahagian belakang, bateri 6000mAh dan cip MediaTek Helio G35.

Untuk kamera, peranti ini menawarkan tetapan tiga kamera iaitu 13MP utama, 2MP depth dan 2MP makro. Selain itu, realme C12 dimuatkan dengan RAM 3GB dan storan 32GB serta menyokong pengecasan 10W.

realme c12 malaysia

Spesifikasi peranti ini telahpun diketahui kerana ianya telah dilancarkan untuk pasaran lain terlebih dahulu. Bagaimanapun, untuk mengetahui harga rasmi yang bakal ditawarkan untuk pasaran Malaysia, tonton pelancaran realme C12 menerusi acara yang akan berlangsung di halaman Facebook realme Malaysia pada jam 11 pagi, 25 Ogos 2020.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY